4 February 2016

Review Vitamin C 1000mg Brand 21st Century

Assalamualaikum WBT

Disebabkan dah guna produk ni selama 4 bulan makanya baru leh bagi feedback takkan baru guna sejam dh nk bg feedback, nampok benor pedo'ohnye. 

Gambar songlap dari google je sebab cik kak tak transfer dari phone cik kak ke computer riba.
Korang boleh cari dekat pharmacy, watson or guardian confirm ada dgn harga RM 29.90 / 60 Tablet. Disebabkan 1000mg so kena makan sehari sebiji je, thats means 60 tablet tu leh tahan 2 bulan lah. Jimat kan?

KEBAIKAN VITAMIN C:
-Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
-Anti penuaan dan anti kedut
-Mengatasi masalah resdung dan alahan
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar
adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
-Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
-Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
-Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
-Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
-Merawat jangkitan saluran kencing
-Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
-Dijual hanya oleh pengedar sah sahaja, Jangan takut atau ragu dengan Vitamin ini
Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

Takkan bagitau kebaikan je kan, mesti lah diri sendiri pun merasasakan perubahannya. Hihi~ 
Minggu yg pertama, rasa kulit lebih lembap dan halus masa mandi. Rasa mcm gebus gebas giteww.
Pastu rasa kulit badan makin cerah, yelah cik kak ni org melayu kulit lak jenis kuning langsat so bila makin cerah tu jadi lah makin kuning muehehehehe.. Eh takde lah kang jadi cm maskot digi lak.
Yang paling cik kak terkejut, mase tu tgh tunduk nk ambik brg dkt lantai sekilas terpandang buku lali kanan yg dulu nye kasar dan hitam akibat pemakaian kasut, tp dh jadi lembut dan hitam tu dh xde. jadi kemerahan ala2 pinkish gitew.. terduduk cik kak membelek bulu lali dan tumit kaki yg dh xpecah. kulit kaki pun selembap kulit muka. Perghhhhh.. Menakjubkan. Pastu cik kak terus belek siku, wahhhh siku dulu kasar kering dan kehitaman, pun dah macam hilang, takde lah putih tapi dah tak hitam just kemerahan dan dimensi tu kecik je. Itu lah effect yg paling cepat hakak perasan. Bila dah berlarutan fe months, banyak lagi lah yg cik kak rasakan, mcm kulit muka kurang sunburn, kulit bdn lembab dan licin,luka cepat baik and parut pun cepat pudar, kulit makin cerah, tona kulit semakin sekata, selsema dan demam dah lama tak serang hendap. Itu lah antaranya.

Macam mana cik kak amalkan benda ni ? Sebiji sehari setengah jam selepas sarapan pagi. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 Liter sehari. HARAMKAN pengambilan air karbonat dan kafein sama sekali. Kalau ketagih kafein sangat jarakkan dengan pengambilan Vit C lebih kurang 3-5 jam.

Itu sahaja untuk entri kali ni, kalau ada apa2 pertanyaan leh kemukakan dalam peti sejuk.. eh peti besi... ehh peti masuk email lah hehehe~  Chow kit road, BYE !