20 May 2017

Diet Calories Vs Cheat Day

Assalamualaikum~

First impression baca title nampak macam ..... ? Macam dah obesiti sangat sebab sampai tulis pasal diet dekat blog hihihi.. Balik dari Melaka haritu bila belek gambar rasa kecewa dengan bentuk badan sendiri yang dulunya kategori mantops meletop dikala zaman kegemilangan hahaha. Makanya dengan nekad dan tekad sis mulakan diet pada 2-May-2017. Rasa down bila ramai sangat panggil sis "gemok" . Tak salahkan orang lah, memang gemuk pon. Mulut orang ni mana pandai jaga, main cakap lepas je wlupun dorang sendiri gedempol jugak hahaha. ok abaikan ! anggap itu satu cabaran baru.

Betul orang cakap, nak diet bukan dekat mulut je and nak diet kena ada ilmu bukan hentam keromo main taram je lepastu tak menjadi. Then salahkan badan sebab tak nak kurus dah padahal diet cara salah (sis pun pernah cmtu jugak hahahaha!). Lagi satu ubat kurus, jangan percaya lah !!! Berapa banyak dah duit habis laburkan dekat "ubat kurus", kalau tak jaga makan tak menjadi beb ! Sis ni dari segala jenis ubat dah makan dari yg paling mahal kepada yg paling murah. Turun 2-3Kg sebulan, lepas stop naik 5kg dalam masa seminggu dua. kau ghase? 

First of all, Nak diet kena DISIPLIN, KONSISTEN ! Sis amalkan diet calori cara pengiraan calori untuk keperluan badan sila rujuk cekodok.com dan banyakkan baca succes story dari blog Kevin Zahri. Walaupun tak join pogram kurus Kevin Zahri, tapi sis follow advise dia. Ingat !! Kalau nak kurus datangnya dari 70% makanan, 30% dari senaman. Bukan cakap senaman tak penting, tapi kalau bersenam tapi makan macam bela saka harapan tinggal kenangan la nak kurangkan berat badan, mungkin naik ataupun maintain gitu je lah

Apa yang sis amalkan jaga pemakanan dan senaman. Haaa satu lagi minum air kosong 3-4 Liter ikut keperluan badan. 25Kg = 1 Liter. Kalau berat 70kg Bahagi 25 = 2.8 Liter Sehari. Sis mmg jenis kuat minum air, so 3 Liter tu dah jadi kebiasaan. Senaman pulak untuk cepatkan proses burn kalori dan bagi badan fit wlupun dah kurang berat badan takde lah menggelebeh. (cakap macam dah kurus bebenorrr jeeee hahahaha). Actually sis baru amalkan 3 minggu, sangat memberangsangkan berat turun 2.5Kg dan inch loss dekat perut, pinggul and peha dalam 1inch-2inch. Perut kempis dan tak macam busung hihi. Beberapa helai baju yang dulu nampak perut kini dah boleh pakai and nampak cantik sikit ! Sis aim lagi 15-20Kg untuk dapat balik bentuk badan 5thn lepas hahaha. Takpe lambat tapi berkesan daripada haram jadah lansung tak usaha. Moga-moga sis terus istiqomah untuk teruskan misi 3-6bulan ni. Alhamdulillah support dari orang keliling pun 90% positif (nampak sangat aku dah gemok and korang stuju utk aku kurus phuiihh hahahaha)

Meh sis share sebijik gambar selepas turun 2.5 Kg, tak kurus pun tapi boleh dikatakan agak kemas lah badan tu hihihihi. Compare lah dengan gambar kat melaka mcm dugong tu hihihi.
.
.
.
.

Sis diet tak ketat tapi sis tak makan nasi sebab jenis kalau makan memang tak reti stop hahahaha. Actually Kevin Zahri cakap nasi tak berdosa, boleh ambil tapi segenggam. Bukan nasi je, apa-apa yang karbo tinggi ambik segenggam je macam Mee, Bihun, Spageti, Roti, dan sebagainya. Lebihkan sayur dan lauk. Lauk pulak elakkan yang bergoreng, lebih elok rebus dan grill. Grill pulak elakkan letak MSG and Garam berlebihan. Sikit-sikit dah lah tapi kalau sis trus tak letak, gantikan dengan black paper pun sodapppp hehehehe. Minggu pertama sis memang cut terus gula dan garam. 

SAY NO TO : 
FAST FOOD, 
PROCESS FOOD ( Nugget,ayamas,sosej,fishball,meatball,fries and so on), 
MINUMAN BERGAS DAN DALAM KOTAK (high sugar)
JUNK FOOD ( sis penggemar tegar Mr.Potato & Twisties dan segala jenis kerepek. Tapi terpaksa korbankan sobb sobb sobb), 
DESSERT ( Cake,cookies etc

Susah cakap banyak, ni contoh rutin makanan & aktivitas sis harian hihihihihi.
v
v
v
v

JADUAL RUTIN HARIAN

7.00am - Segelas air kosong
8.30am - Breakfast ( Telur rebus 2 biji / 2 keping wholegrain bread + 1biji omelette / 3 biji kurma + oat kosong / 1 biji pisang + Oat kosong) Kalau rajin sis rebus carrot,kentang,brocolli,cauliflower.


Kurma untuk minum pagi & petang

Apple tu untuk minum pagi kol 10.30am

10.30am - Minum pagi ( Air Kosong/green tea + Kurma / Apple)
12.30pm - Lunch Time ( Bawak bekal dah tentu bersih dan takde garam/msg tambahan. Sup sayur / sayuran + ayam rebus halia dan lemon )

Sup Sayur je letak black paper and ketuk halia. Sedapppp. No salt please !
4.30pm- Green tea/Apple/Kurma/Pisang ( Sis selalu skip hihihihihi sebab dinner slalu makan banyak)
8.00pm- High Fibre, protein cukup. Malam sis dah tak ambik carbo(roti/kentang) sebab malam nak tido, tak banyak pergerakan takut tak burn nanti jadi lemak tepu.

Sup sayur + dada ayam

Sup Sayur sawi,tomato,carrot, sayur lain dah habis tak sempat beli stock hihihi.

Dada ayam rebus halia, carrot, sawi and brocolli celur.

Ni Lunch hari cuti, boleh jugak untuk dinner tapi kurangkan portion dia.

Salad buah + ikan tongkol grill hangus hahahaha.

9.00pm- Skipping 20 minit, jumping jack 5 minit, kadang buat lunges,crunches,squat,invisible chair. Tapi sehari 20-30 minit je. Sebab sis kerja siang, malam je ada masa untuk kuar peluh. Weekend pulak sabtu ahad sis joging dekat Taman Layang-Layang. Track 3.5km 1 round ckup lah hihihi. 

So far, ini yang sis amalkan dan Alhamdulillah ! 3 minggu turun 2.5kg . Permulaan yang sangat positif. Selama ni cakap je diet, goreng pisang bedal, kfc bedal, mcd bedal, dominos laaa western food lahh haaa kauu ! mana nak turun hahaha.

Taaaapiiiiiiii ~

Kadang tekak ni tak boleh nak tahan jugak jadinya sis bagi reward dekat perut sekali sekala. Rasanya dalam program diet sis ni, baru 2x je cheat day hihihi.. Tapi make sure jangan makan berlebihan dan kalau terlebih calculator calories, sila burn dengan senaman yaa ! hihihihi.

Semalam 19-5-2017 merupakan cheat day sis, mmg makan besar tapi malamnya sis double dose exercise supaya burn balik yang mana berlebih makan tuu. Hihihihi.


Nak cakap fast food tak jugak, sebab cafe ni more to healthy style walaupun ada spagetti semua tapi dia kurang masin dan kurang rasa MSG tu. Ok lah sekali sekala kan. Semua menu makanan dia homemade even soya pun homemade tapi sis tak minum sebab manis hihihihihi. Per set RM 9.90 sahaja ! Sis ambik bolognese spageti, chickpea salad , soya. Yang lagi 3 set tu collegues punya. Total RM 42.00 je tak mahal sangat berbaloi sebab sedap.

Itu cerita sebelah siang, then habis kerja sis bawak collegues pergi merasa Shell Out dekat Gombak. boleh cari guna waze cari Shell Out @ Patin Tempoyak Temerloh-KL. 
v
v
v

RM 27/Set utk 2 org, include 2 nasi 2 sirap. So kami bertiga, Kitorang ambik 2 Set. 1 Set Sambal Pedas, 1 Set Sweet Sour, Memang sedap ! Actually ni kali ke-3 repeat. Sebelum ni dengan cik abang, kali ni dengan kengkawan hihihi.

Segaja pergi awal sebab tak nak makan waktu malam, kitorang siap makan dalam 7.30pm macam tu, okay balik rumah malam tu terus sis skipping & jumping jack tak ingat dunia peluh keluar mcm sauna hihihihi.

"We're what we eat" So kalau kita makan mcm bela saka mimpi lah nak kurus melainkan memang dilahirkan badan tak gemuk-gemuk makan banyak mana pun. Kalau badan tu normal, haaaa azab lah bila naik nak turun balik. Ok get back to normal rutin, petang ni nak pergi joging burn balik malam tadi punya hihihihi.

UPDATE STORY

Alhamdulillah walaupun banyak cheat day, dah 7bulan berlalu program diet. Nahhh ! sis share picture update. May - Nov sis berjaya turunkan 10.4Kg hehehe tapi sis aim lagi 7-10kg, dapat cecah berat 63-65kg baru meletops hahaha. Tapi takpe jangan rushing2 lah, takde ape nak kejar pun janji teruskan pemakanan sihat. Eh jap dulu permulaan 2bulan je sis tak sentuh nasi, after raya sis sentuh nasi tapi segenggam je sehari waktu lunch. Dinner sis ambik sayur dan buah je.
Nahhh gambar terbaru hehehe. Korang decide sendiri lah berjaya ke idok .

May'17-Oct'17

Oct'17

Oct'17


Sis sebelah yg banyak bagi motivate bila aku down. betul lah org cakap, klu nak diet kena make sure bergaul dgn kawan2 yg positif dgn hasrat kita. hehehe, she so supportive.

Jan'18
Dec'17

Dec'17

Dec'17

Jan'18

Nov'17


Kesimpulannya takde ape yg boleh mengubah kita kalau kita sendiri takde kesungguhan untuk merubah diri hahaha. Doakan sis terus istiqomah demi mencapai 7-10kg lagi hehe.





3 May 2017

Day Trip To Melakau

Assalamualaikum WBT~

Kali ni entri kita berjalan sambil mempelajari sejarah kunun ! hahaha. Padahal berjalanan saje tanpa pengisian. Bagi memperingati sejarah dan mengisi cuti Hari Buruh dengan sesuatu yang bermanfaat, Lets go to Melakau  Merecik Hawau hahahaha !!!!!

Sebelum berjalan, isi perut dulu. Nasi Beriani Haji Tamby, Padang Temu. Satu Set Nasi Beriani + Kari Kambing atau Ayam Masak merah RM 9.00 . So 2 SET = RM 18. Sirap Ais, Teh O Ais RM 1/Cup. Total = RM 20.00 Berbaloi sebab kari kambing die maveless rasa macam nak mengembekk je hahaha

Mula2 masuk bandar Melaka tempat biasa lah pergi Kota A'Famosa. Tempat bersejarah la katako. Nasib baik tak cari pokok melaka dgn pelanduk haaa kang tak pasal2 di iktiraf Parameswara Alaf Baru hahaha. Parking pack, so cari parking dekat kononnya last-last dapat surat cinta dari abg polis hahaha. 


Perut kenyang, tengah panas pastu menapak tangga. Haaa kau ghase? Nasib baik gambar cantik hahaha!

Sampai separuh jalan, posing dulu. Hahahaha.
Setibanya di atas wahhhh angin kuat, seronakknye bergambar hilang segala peluh haha. Tengok posing pelik-pelik je  
See. Indahnya pemandangan dari atas ni, nampak kehijauan,kemerahan,kebiruan negeri melakau semua. Dengan angin kuat, panas terik pun kian terpujuk (ayat pujangga).


Gambar kat dalam ni banyak tapi balik2 gambar gitu jugak, so nan hado ni je lah kita share.  Acah2 obersea tak? hahaha
Sebelum turun, bergambar dulu dekat tangga, bangunan lama gini dalam gambar pun cantik. 
Sebelum turun tangga, pun nak snap tapi gambar cantik takpe!
Otw turun,  nampak macam obersea pulekk hahaha.



Semua gambar berlatar belakangkan kawasan kubu ni je. Ini pun ambik masa berejam utk mendapatkan gambar yg cantik. Setiap pose tu sampai 7-8 kali snap haha.



Awak.. Awak tau tak apa persamaan awak dengan Dinasour ?
.
.
.
Dinasour ni haiwan paling BESAR,
Awak pulak BESAR MAKNANYA dalam hidup saya
Ciaaa Ciaaa Ciaaa~


Ini pose terkini budak-budak zaman skrang kan? takpe #siscuba hahahaha.


Semua gambar di sekitar kawasan bandaraya Melakau je, tak sempat nak ligan semua tempat. Sebelum keluar dari bandar tu pekena dulu Cendol Jam Besar. 

RM 2.00 semangkuk ni, biasa je rasa dia tapi tak manis and lemak berkrim ok lah tak muak. Kalau manis sangat muak pulak.
Keluar dari bandar Melaka ni dah pukul 5.00pm lebih kurang, so tak rasa nak singgah mana-mana dah tambah lak energy macam dah weak hehehe. Otw balik tu singgah Pantai Klebang je sebab Klebang tu mmg jalan hala balik. Singgah lah sebentar tapi ade seketul dua je gambar. Tak ada apa pun, coconut shake berlambak tepi jalan tapi tak rasa nak minum sebab dah pekena cendol. Banyak sangat minum manis, kasut baru beli. Kang tak berkaki mana rupe nye nak pakai kasut.
Ni je gambar yang ada dekat Pantai Klebang, tak berapa pantai, mcm tetambak je gitu. Makanya sis berposing gaya merapu gaya menari ulik mayang pun ada hahahaha.
Haaaa sebelum tu, nak habaq ni kitorang kne sembelih ! Asam Pedas Jr dekat dataran pahlawan. Rasa normal mcm asam pedas biasa je (mungkin sis buat lagi sedap hahaha). Asam Pedas Pari, Asam Pedas Udang, Ulam Sepiring, Nasi putih-2, Limau Asam Boi-2 = RM 46.00. Fuhh !! Merecikkk tercekikkk..
Kesimpulannya kalau berholiday tempat yang kita tak biasa, cari info kedai makan dekat google. Kalau tak konpem kena sembelih sampai putus urat merih. Nayaa Nayaaa!!

Okay lah, itu sahaja untuk entri kalini. Byeee~