26 July 2017

Idea/Menu Simple for superwoman



Assalamualaikum~

Sape cakap perempuan zaman sekarang tak pandai masak ?? Kebanyakan kawan sekeliling sis semua nye pandai masak. Walaupun masakan yang simple. Sebagai perempuan memasak tu macam nature dah, even tak pandai sekalipun bukan bermakna tak pandai lansung cuma masakan pelik-pelik tu mungkin kurang mahir. Macam sis, lebih suka masak main dish instead of dessert. Hehehehe~ baking baking ni tak berapa berminat. Ok ! harini sis nak share sikit cara/menu masakan yang senang untuk yg bekerja. Tak sempat nak ligan masa nak masak berukir bagai, kite masak simple-simple yang penting kenyang dan sedap hehe.

Walaupun masih berdiet tapi makanan ni semua boleh dimakan, butttt ! jaga portion dan jangan lah kerap sangat ok. Sekali sekala ok, mungkin dalam seminggu tu 1-2 kali. Dan ingat jaga kiraan kalori hehehe. Sis masih meneruskan misi mengecilkan saiz badan cuma tak berapa extrem macam 2 bulan pertama which is lansung tak sentuh nasi. Now kita makan nasi tapi segenggam je sehari ok ! Ok ni bukan entri diet, ni entri acah-acah resepi tapi resepi simple semuda A.B.C 


Tom Yam Ayam

Ayam potong kecil ( 7-8 ketul)
1/2 biji Carrot
1/3 biji Cauliflower
2 sudu besar cili giling
2-3 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
7-8 biji cili padi (ditumbuk, kalau nak pedas)
1-2 keping asam keping
3-4 batang Serai (diketuk)
Segenggam daun Limau purut
* kuantiti bahan-bahan bersesuaian saiz hidangan*

Cara-cara
1-   Tumiskan bawang putih,bawang merah,cili kering kisar,cili padi
2-   Tumis sehingga cili kering nampak garing, masukkan serai dan daun limau purut
3-    Masukkan ayam, gaulkan rata dengan cili kering yang dah tumis tu, biar kan seketika dan masukkan air.
4-    Renehkan tom yam sampai ayam hampir masak, dan masukkan sayur-sayuran, garam secukup rasa dan bahan perasa lain.

5-    Kalau ayam dah masak boleh tutup api dan hidangkan. Sayur jangan terlalu lembik nanti tak sedap.
Tadaaaaa ! simple yet yummy hahaha. puji diri sendiri.

Kari Ayam (tanpa santan)

3-4 ketul Ayam
1/2 biji Kentang
1 paket rempah kari - kecil
2 Sudu besar cili giling
1 Kulit Kayu Manis
1-2 Bunga lawang
1-2 Bunga cengkih
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 inci Halia
1-2 keping Asam Keping

Cara-cara
1-      Panaskan minyak, tumiskan bawang merah & putih, halia, kulit kayu manis dan seangkatan
2-      Masukkan cili kering kisar, tumis sampai garing dan wangi
3-      Masukkan rempah kari yg dan dibancuh dengan sedikit air,
4-      Masukkan ayam,kentang,dan asam keping,masukkan air ikut kuantiti diperlukan Masuk garam secukup rasa. Tunggu sampai ayam masak dan boleh hidang.

Ok lepas ni apply kerja kedai mamak hahahaha~
Ayam Masak Lemak Cili Padi

3-4 ketul ayam
1 paket santan segar
1-2 keping asam keping
3-4 batang serai - diketuk
9-10 biji cili padi - ditumbuk
2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia 

Cara-cara
1- Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar / tumbuk ( bawang,halia,kunyit hidup,cili padi etc) sehingga naik bau.
2- Masukkan ayam, biarkan sehingga ayam sedikit kecut dan airnya kering.
3- Masukkan santan, dan kacau sehingga mendidih. Jangan berhenti kacau sebelum mendidih, org tua-tua cakap takut pecah minyak, nanti gulai nampak tak cantik.
4- Lepas mendidih, perlahankan api, masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Selepas ayam masak, siap dihidang.
Cili tak kisar, tumbuk je guna lesung. sebab kat rumah takde blender. Maklumlah rumah bujang hehe.

Paprik Ayam/Daging

4-5 ketul ayam/ Setengah Kilo daging – Keringkan air, dan direbus seketika
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
11 biji cili api - ditumbuk
5-6 helai daun limau purut
1-2 batang serai - diketuk
bunga kobis - dihiris kecil
1/2 biji karot
2 Urat kacang panjang
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram

Cara-cara
1- Panaskan minyak, tumiskan bawang,cili giling, cili api dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya.
2- Masukkan semua jenis sos dalam tumisan.
3- Masukkan ayam/daging yang sudah direbus, gaul sehingga rata dengan bahan tumisan, masukkan sedikit air 1-2 gelas untuk masakkan ayam/daging seketika.
4-Selepas air kering, masukkan campuran sayur, kacau sehingga rata dan biarkan seketika. Masukkan garam jika perlu. Selepas sayur dah masak boleh tutup api dan hidang.

Simple ! 20 minit dah siap.
Yang ni paprik campur, tapi cara masak semua sama. Cuma ! sotong dan udang jangan masak lama sangat nanti liat tak sedap.
Paprik Daging in the house!


Asam Pedas Ayam / Ikan

3-4 ketul Ayam / Ikan
2 sudu  Cili Kering Kisar
2 ulas  Bawang putih & merah
1/2 inci halia
2-3 batang serai
4-5 helai daun kesum
Asam keping / asam jawa

Cara –cara

1- Tumis cili kering bawang,halia dan serai sampai naik bau wangi.
2-  Masukkan ayam, daun kesum dan sukatan air yang cukup.
3-  Masukkan garam secukupnya, atau perasa tambahan . Tunggu sampai ayam / ikan masak then boleh hidang.

Kalau ayam kena masuk dulu dan tunggu masak, tapi kalau ikan masak kuah dulu then last masuk ikan sekejap dan tutup api dapur. Ikan tak boleh overcooked nanti hancur.

Ayam je ade kat rumah, hehehe campak je lah mana yg ade

See ! semua resepi dan cara senang je masak ni. Takde complicated mana pun, 20-30 minit boleh siap. Untuk isteri dan ibu berkerjaya tu sangat mudah la nak masak. Tak perlu gunakan masa yang banyak.

Dekat bawah ni beberapa menu normal dan simple yang sis selalu masak. Makanan yg mudah, sedap dannn yg penting !! kenyang hehehe

Ikan kembung Berlada + Kacang panjang goreng kicap.
Cara-Cara Ikan Goreng Berlada


1- Ikan digoreng terlebih dahulu
2- Tumis bawang putih bawang merah,cili giling, cili api yang ditumbuk sampai garing. 
3- Masukkan sikit sos cili untuk rasa manis-manis sos tu, dan bawang besar. Then siap, tuang atas ikan. Sonang !!



Ayam masak kicap + kankung goreng
Cara-Cara Masak Ayam Kicap

1- Tumis bawang putih,bawang merah,halia,cili padi yg ditumbuk (kalau nak pedas, kalau tak nak, boleh potong je cili tu).
2- Masukkan ayam dan air untuk masakkan ayam tu. Tunggu sampai air kering dan ayam tu masak.
3- Sebelum air betul-betul kering, masukkan kicap manis, dan sedikit sos cili untuk pekatkan kuah kicap tu.
4- Kacau sehingga rata, masukkan garam kalau perlu. Sebab kicap dan sos dah cukup perasa.


Ayam masak merah + Kankung goreng. Ayam masak merah sis simple je, for sure pedas bukan manis hehehe
Cara Cara Ayam Masak Merah

1.Tumis bawang putih bawang merah,cili giling,halia,serai dan cili api yang ditumbuk sampai garing
2. Masukkan air dengan sukatan yang sesuai untuk ayam tu masak. Biarkan sehingga ayam masak
3. Sebelum air sepenuhnya kering, masukkan 2 sudu sos cili, kacau dan biarkan kuah nya kering sediki. Siap !!


Sup ayam dan kentang  + kacang buncis goreng
Cara-Cara Sup Ayam Simple

1. Tumis bawang putih, bawang merah,halia, cili api yang dipotong.
2. Masukkan Ayam,kentang dan air secukupnya. Campak sup bunjut Adabi hehe.
3. Tunggu sampai kuah mendidih, ayam masak,dan kentang lembut. Boleh dihidang bersama daun sup dan bawang goreng. Jgn lupa perah limau sebelum makan . baru umphh !


Ni time weekend rajin !! Singang ikan tongkol, Ulam kacang botol and timun, kobis goreng, sambal belacan
Cara-Cara Singgang Ikan Tongkol Cara Pahang ( Hahahaha, lantak pi lah)

1. Ikan tongkol, Cili api dipotong, bawang merah, bawang putih, halia, asam keping,serai, lengkuas
dicampakkan dalam periuk.
2. Letak air sampai tenggelam ikan tu, rebuskan sampai mendidih dan ikan masak.
3. Hidangggg ! hahahaha senang kan ??

Mee Sup Simple Orang Bujang

-Bawang Putih, Merah,Halia
-Rempah 3 Sekawan
-Rempah Sup



Ni bihun sup menu sihat.. Hehehe takde tumis takde ape, campak je sayur carrot,brocoli,cherry tomato. Letak black pepper and sikit garam. Sebelum makan perah lemon, sedap dan sihat hehehe


Mee Kari Simple Orang Bujang

- Bwg merah,putih,halia
- Rempah 3 Sekawan
- Rempah Kari
- Santan
- Asam Keping
- Tauhu Kering
- Isi Ayam
- Fishcake

Cara Masak Kuah Kari
1. Tumis Bawang putih,merah,rempah 3 sekawan sampai naik bau wangi
2. Masukkan isi ayam, dan keringkan air ayam.
3. Masukkan Rempah kari yang dah dibancuh dengan air dan sedikit air. 
Kalau pekat sangat nanti rempah kari hangit.
4. Masukkan Asam keping dan garam dan biar kuah mendidih
5. Masukkan Fishcake, Tauhu Kering.

Bahan Hidang
- Mee Kuning Dicelur
- Sawi Dicelur
- Telur Rebus
- Taugeh Dicelur
- Lada Besar Dihiris nipis



Gulai Masam Tempoyak Ikan Patin (piorrr dari pahang haha)

- 3 Ketul Ikan Patin saiz sederhana
- 4-5ulas Cili Api /Cili Padi /Cili Kampung (ikut kepedasan cili)
- 1.5 Inci Kunyit Hidup
- 2 Senduk Tempoyak
- 1 kpg asam keping (klu tempoyak dah masam tak perlu)
- Segenggam daun kesum

Cara-cara

1- Tumbuk Cili dan kunyit hidup 90% hancur. Masukkan ke dalam periuk, guna api kecil.
2- Isi air 3-4 gelas,kacau bahan ditumbuk tadi sehingga sebati dan biarkan kuah mendidih
3- Masukkan garam secukup rasa, tambah asam keping jika perlu. Biarkan kuah masak.
4- Masukkan Ikan, kecilkan api sehingga ikan masak.
5- Masukkan daun kesum, siap ! boleh dihidang

Tadaaaa.. Masak kuah dulu sebab takut ikan hancur, ikan tak payah masak lama2.
Jom menikmati masakan kena pulak dgn ulam and sambal tempoyak aduhhh memang menjadi hehe..
Daging Masak Kicap

- Daging telah dipotong dadu
- 3-4 Ulas cili padi (depends nak pedas ke tak)
- 1-2 inci halia
- 1 Biji bwg besar
- 3-4 ulas bawang putih
- Kicap (secukup rasa)
- 2 sudu sos cili (nak bagi kuah kicap pekat)

Cara-cara

1- Masukkan daging ke dlm kuali dan keringkan air daging dulu,lgi elok gaul dengan halia sikit utk hilangkan hanyir
2- Bila air daging dah kering, masukkan air untuk rebus sikit daging tu bagi lembut.
3- Lepas air dah kering masukkan bawang putih, besar, cili dan halia (dipotong/ditumbuk) ke dalam kuali, kacau sehingga rata.
4- Bila bau dah wangi sikit, masukkan kicap dan sos secukup rasa dan kacau sehingga rata. Masukkan air kalau nak berkuah sedikit. Masukkan garam secukup rasa.
5- Kalau daging dah empuk, boleh diangkat utk dihidang. Siap !
Daging Msak kicap simple ! Tak sampai setengah jam dah siap.
Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol

- 3 ketuk Ikan Tongkol siap dipotong
- 1 packet santan segar
- 2 kpg asam keping
- 4 batang serai diketuk
- 5-6 ulas cili padi ditumbuk
- 1 inci kunyit hidup
- 3 ulas bawang kecil
- 3 ulas bwang putih
- 1 inci halia

Cara-cara

1- Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar / tumbuk ( bawang,halia,kunyit hidup,cili padi, serai) sehingga naik bau
3- Masukkan air dan santan, dan kacau sehingga mendidih. Jangan berhenti kacau sebelum mendidih, org tua-tua cakap takut pecah minyak, nanti gulai nampak tak cantik
4- Lepas mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan, masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Siap !

Kalau tak berapa pedas, boleh lawankan dengan sambal belacan dan ulam. Maveless !
Masak Kurma Ayam

-Ayam 5-6ketul
-Sebiji kentang dipotong
-Santan segar (1 paket  kecil)
-Bawang merah 2-3 ulas
-Bawang putih 2-3 ulas
-Halia 1.5 inci
-Serbuk Kurma Paket (adabi)
-secubit jintan manis, secubit jintan putih, 1biji buah pelaga, secubit
bunga cengkih,  1 batang kecil kulit kayu manis

Cara-cara

1- TumisBwg merah,bwg putih,halia,jintang manis,jintan putih,buah  pelaa,bunga cengkih, kulit kayu manis
2- Masukkan ayam dan kentang, kacau sehingga rata dan biarkan ayam kecut seketika
3- Masukkan air dan biar sehingga air mendidih baru masukkan santan. Bila dah masuk santan, kacau jangan berhenti sampai santan masak.
4- Santan dah masak, kecilkan api biar ayam dan kentang lembut dan sedia untuk dihidang. 

Tadaaaa ! Persembahan kena lawa sikit hehehe nampak segala rempah2 yang digunakan..
Masak Lemak Kobis

-1/2 biji kobis bulat, hiris kasar
-1/2 batang lobak
-1 ketul tauhu, potong kiub
-1 genggam ikan bilis, tumbuk kasar
-1 biji cili besar, hiris nipis
-3 biji bawang merah, hiris nipis
-2 ulas bawang putih, hiris nipis
-1/2 paket santan segar
-garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

1. Masukkan bawang merah, bawang putih, tauhu dan karot dan sedikit air.
2. Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
3. Masukkan pula santan dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Lagakan dengan ikan goreng. Kebetulan ade lebih daging sikit, sis buat daging goreng kunyit. Ok memang terangkat. Ni mesti kena cari suami tekak kampung baru lah boleh menikmati makanan sebegini hehehe. Ringkas
Kari Daging

-1/5 Kg Daging
-1 biji ubi kentang
-5 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
- rempah 3 sekawan - bunga lawang,kayu manis,buah pelaga
-3 Sudu bsar rempah kari daging (bancuh dgn air)
-1 kotak santan kara
-1 keping asam keping

Cara-cara

1-      Panaskan minyak, tumiskan bawang merah & putih, halia,rempah 3 sekawan
2-      Masukkan cili kering kisar, tumis sampai garing dan wangi
3-      Masukkan rempah kari yg dan dibancuh dengan sedikit air,
4-      Masukkan daging(direbus sekejap sebelum masak),kentang,dan asam keping,masukkan air ikut kuantiti diperlukan , biarkan seketika untuk empukkan daging.
5-  Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih, masukkan garam secukup rasa. Tunggu sampai santan masak dan daging empuk dan boleh hidang.

Ni hari cuti boleh lah masak sebab nak tunggu daging empuk ambik masa sikit. Tapi kalau korang balik kerja awal, takde masalah rasanya.
Itu sahaje perkongsian untuk entri kali ni, siapa kata kalau bekerja takde masa nak masak? Kena pandai urus masa lah. Macam sis pukul 7pm sampai rumah, bertukang bersilat bagai kat dapur pukul 8 dah boleh makan. Tapi untuk yg ade anak, akan ambik masa lah nak melayan anak lagi kan, tp still boleh masak. Kena bekerjasama dgn suami lah hehehe. 

And again, siapa kata semua perempuan zaman sekarang tak pandai masak? Mueheheheh~

Ok ketemu lagi. BYE!