17 June 2017

"Majlis Berbuka Puasa" with colleagues

Assalamualaikum~

Pejam celik pejam celik harini dah 22 Ramadhan. Lagi seminggu Syawal bakal tiba, haishhh persiapan apa satu pun takde. Memang tahun ni seminimum yang mungkin, baju baru, handbag baru, kasut baru semua takde. Dah rasa tak bermakna semua tu sebab ehhhhh dah melalut pulak huhu. Get back to main story, actually Majlis Berbuka Puasa yg company ni anjurkan sangat "suprise" . Bukan lah suprise apa sangat, means boss bagi masa kurang dari seminggu je untuk setelkan semua ni dann dannn dannnn.... Sis adalah tunjang/tulang belakang/person incharge/head yg dipertanggungjawabkan untuk menjayakan majlis ini. Alamak ! Sis tak berapa mahir tapi takpe senior ramai, so sis mintak idea dari diorang. Cari quotation and tempat bagai, final decision yang kitorang discuss tempat paling dekat Ibis Styles Hotel Sri Damansara, dekat dari office, location tepi jalan, dan teramat lah dekat dgn rumah sis, tambahan pulak tu Pakej Ramadhan buffet sangat berbaloi. cuma RM 48/pax.

Ni lah pemandangan bangunan nye dari luar. baru beroperasi Dec2016. 
Selepas mintak approval boss apa semua, boss tanya tempat ni ok tak, makanan ok tak. Sis pun krikk krikk krikkk... Hotel baru, nak cari review pun tak banyak, sis sendiri nak makan kat hotel almaklum lah hahaha. Lepastu boss cakap " Sha, u go there and try their food. You survey how their hall and everything." lagi sekali sis krikk krikkk kriikk hahahaha. Then boss nampak sis mcm diam je terus dia sambung " you bring anyone , i pay for you both or you can claim later" Perggghhh
terus laju sis jawab " Ok boss!" hahahaha. Kau gila nak keluar duit sendiri RM 48 sekali makan, tu 4 hari punya duit belanja haha. Tapi bila boss cakap boleh claim laju je angguk jangan lepaskan peluang. Makanya tanggal 9june17 sis dgn colleagues si Bavane tu pi lah try. Maka terjadi lah gambar yang sedemikian hehehehe
.
.
.
.
.

Lighting cerah sangat, abaikan baju kerja dengan tag  yg belum bukak tu hahaha. Cantik Cafe dia, serius cantik ! Sophisticated sangat deco dia.


cantik bukan ?? nampak modern tak lah cliche benau kalau hotel je nampak
ala-ala eksklusif menteri-menteri giteww

Disebabkan nak survey dan free, makanya sis try semua menu mereka tapi tak sempat ambik gambar semua menu, adalah sekeping dua ni haaa. Opss lupakan diet sebentar ! hahaha
Mango Puding

Kambing dan ayam bakar. Kambing die tu soft sangat and tak fully bakar so agak juicy texture nye (acah2 review makanan)

Pulut & Serawa Durian torrrbaekk !

Satay ayam & daging, kuah die sedap pekat tapi tak pedas, manis2 gitew baru ngam !
Siput sedut kedaung hahaha~

Murtabak ayam, dah sejuk tapi masih sedap.
Seri Muka & Cara Berlauk
ade keropok lekor bak hang !

Sis ambik nasi, ayam masak lemak cili api, kari daging, ayam masak merah thai.

pelbagai buah yg ado, sis ambik yg mana indah di makan je. tak muat tank wehh !
As a conclusion nak rate, untuk keselesaan cafe 10/10, pilihan makanan 8/10, rasa makanan 7/10, servis 10/10 (staff semua friendly), harga 9/10. Markah keseluruhan sis bagi A- mukatamad ! boleh dah ni. So, confirm date 16June17(Jumaat) untuk event office.

Selasa-Khamis kau bayangkan persiapannya mcm mana, cari special Raya gift untuk staff muslim, doorgift, child doorgift, ada buat lucky draw, special gift for special guest. Sis mikior sendiri semua tapi sumber tenaga, sis kerah jgk Ms. Siti & Bavane. Mana maunye dibuat sorang.
.
.
.

Doorgift untuk bebudak, chocolate,lolipop and candy. Kena bungkus nasib baik 8 orang je so tak lah kalut nau. Campak2 je dalam paper bag tu.

yang ni paling strugle, nak ikat riben dekat doorgift utk 50pcs chocolate bar. Murah beli kat tesco RM 5.65/pcs. Chocolate bar besar ni tauu bukan kecik

Ni nak pack senang, tapi nak beli papper bag, print sticker, tu Raya Cookies sis beli kt Jusco, semua sekali 54 boxs. Nasib baik murah, yang penting sedapppp. Banyak flavour,dan semuanya sedap. Tak rasa cookies buatan kilang, rasa mcm homemade. Ni special gift untuk semua Muslim staff.
Event start pukul 7pm, tapi jalan jem giler bapakkk . 7.15pm baru sis sampai Hotel. Ramai jugak dah sampai, ramai jugak lagi yg tak sampai. Sampai je terus mintak tolong member bagi doorgift kat semua and sis tick attandance. Alhamdulillah semua berjalan smooth gila ! 




Tengok meja depan sis takde makanan pun, tak sempat nak ambik. So sape yang ambik sis celup-celup je lah makan. Baru nak duduk sekejap, duk panggil "Sha come." Sudahnya balik rumah kelaparan hahaha. Rasanya yg betol2 sis makan Laksa Penang and Satay Daging je. Yang lain rasa sesuap dua je.

Takpe asal semua muka happy, boss pun ckp tempat ni bagus and cantik next time boleh buat event dekat sini. Ok feefback positif so tak sia-sia lah kepenatan segalakkk ! 

Sebelum bersurai, boss nak ambik gambor kenangan kat sini semua ladies and gentleman from Holographic.

Ladies Staff

Gentleman
Fuhhh dalam 8.30pm masing-masing bersurai balik. Sis lepak lah kejap sambil menikmati susana yg kondusif. Masa masuk tadi tgok lobby deco cantik, sis dengan bavane dah plan memang nak ambik gambar bebanyak dekat sana. Hahahaha. Maka terciptalah sedemikian rupa
.
.
.
.







Thats all from us hehehe.. ramai yg tegur "Sha dah makin kecik" ehemm ehemmm baju ni dah boleh pakai tanpa menunjukkan susuk perut hahahahaha. Keep it up sha !

Btw, memang puas hati bila kita handle sesuatu event dan penerimaan semua guest dgn positif. Kalau banyak ngomel and komple terasa penat tak berbaloi lansung. Alhamdulillah thanks all for the support and boss sebab bagi kepercayaan pada sis wlupun baru 3tahun berkhidmat dekat company ni. Hehehe~

Hingga ketemu lagi. Byeee !