21 August 2018

Kenapa perlu guna serum ?

Assalamualaikum WBT ~~~

Lamanya sis tak bersiaran chu ollsssss ... Okay malas panjang lebar merepek, sis nak bagitau je sis baru belajar pakai serum, baru je 2 minggu tapiii................... Sis sangat tak menduga perubahan kulit yang hamattt hebatttt.. 

Actually, muka sis takde masalah jerawat sgt, takde masalah kritikal cuma kulit sis nampak macam kasar, banyak white head. Even pakai scrub pun still kulit nampak kasar walaupun bile pegang rse lembut tapi dari pandangan mata kasar mmg kasar mungkin sebab kulit sis sedikit kering. Even sis pakai macam2 jenis pelembab, still tak boleh mengatasi masalah ni.

Sis serius jeles kalau tgok org yg berkulit halus even tak make up tapi kulitnya mak aihhhh halus, tegang, segar je nampak. Tak macam sis, kusam. Pastu banyak pigmentasi, klu parut jerawat pun mmg susah gilerrrr nak pudar !

sebelum tu mari sis share beberapa manfaat serum ni, pastu baru sis share pengalaman sis.
  • Mudah diserap kulit
  • Mengandung antioksidan tinggi,mencegah penuaan
  • Mengunci kelembapan kulit lebih lama
  • Menghalus serta mencerahkan kulit
  • Memberi efek glowing
  • Menegangkan dan menganjalkan kulit
  • Mencegah sinaran UV yang berbahaya
  • Memudarkan pigmentasi dan parut pada kulit
  • Meransang pembentukan kolagen
Sis dah lama berfikir, mcm mana nak dapatkan kulit yang halus di sentuh dan halus dari pandangan mata. Entah mcm mana 2 minggu lepas sis boleh terfikir pasal serum. And.... bila cakap pasal serum ofkos lah dalam kepala otak timbul $$$$$ .. HAHAHAHA. Sebab, selalunya serum ni harga nye agak yahudi hahahaha.. kebanyakan nye RM50++ kecuali brand Safi Rania Gold harga dalam RM 30++.

Sis sekarang mmg customer tetap/tegar Lazada, so masa boring2 tu sis scroll lah ehh tetibe lalu serum brand BioAqua harga dalam belas2 je, include postage jadi RM 20 kalau tak silap. Sis macam takut nak cuba tapi tengok review beratus org cakap okay, semua bagi 4-5bintang. Hurmmmm okay why not we try ?? Terus sis buat payment dalam pukul 4ptg, tgh malam tu dapat notification dari Lazada cakap barang dah ship out, esoknya pagi pergi ofis sebelum lunch barang dah sampai.

Ooo lupa, satu lagi sis purchase sekali Azanis Scar Serum memandangkan muka sis mmg banyak scar and pigmentasi. Lagipun masa tu Lazada buat Flash Sales, Azanis ni cuma RM 29.90 je, sis sambar laaa. Sebab kalau kat seller luar, Serum ni lagi mahal kan?

Packaging yg nampak have have giler hehehehe...

Taraaaa... Nah ! Dgn harga yg murah, dan botol yg besar. In terms of berbaloi sis rate 4.9/5 hahaha. Sebab as usual, botol serum cuma sebesar Azanis tu je. Yg ni besar gilerr bapakkkk wehh.. Giler tak berbaloi hahahaha.

Nahhh ! Muka sis mmg diperkaya dgn bintik bintik hitam pigmentasi dan parut jerawat yg wujud dari zaman dulu kala hahahaha. Nampak kan kulit tu sangat kasar. Jerawat besar2 takde , yg halus ade la kadang2 tapi even halus pun, sgt obvios dalam meninggalkan parut.

Nahh ! Hasil selepas 2 minggu kemudian, boleh lah dari takde hahaha.. Ni mmg bared face, lepas mandi, baring depan tv saje on camera nak selfie. Bile tgok camera, terus rasa ya aulooooo, berbaloi gilerr beli serum dgn harga RM20 tapi effect macam RM90.00 hahaha. Ok baru 2 minggu, bayangkan kalau 2bulan fuhhh rasanya sis takyah kuar rumah pakai make up dah kottt hihihih..

So, kesimpulannya, sila lah pakai serum bila usia dah mengjangkau 26thn. Sebab proses penuaan baru nak bermula. Takkan nanti umur baru 30thn, muka dah mcm 45thn. Dah la sis belom laku lagi, klu muka lebih tua dari usia al jawabnye tak laku sampai ke sudah laaa.. Hahahaha

Ok, itu je lah utk entri kali ni. Adiosss