7 November 2017

Fettucini Carbonara Cheese

Assalamualaikum~

Rasa macam dah lama giler je tak bersiaran kan ? harini tak nak membebel panjang cuma nak share resepi carbonara simple hehehe. baru first timer mak jemmm buat u know !! Sebelum ni tak berminat makan carbonara tapi tetibe je tekak ni sehari dua duk mtk carbonara. macam2 pulak tekak tgh diet ni haha. maklumlah nak moon coming ni memang selera mcm naga hehehe. Ni sesimple yang habis yea sis buat, modal beli barang pun RM25 je.

Bahan-bahan (Utk hidangan 2 org) :

1 Biji bawang besar
3 Ulas bawang putih
1/2 Tin Prego carbonara cendawan 
1/2 Tin Cendawan Butang
3 Batang Sosej
1/2 Biji lada benggala
50ml Susu segar
2 Slices Cheese (optional)
Lada Hitam / Lada Sulah
Fettucini / Spagetti / Macaroni
Additional : Isi yam / isi udang / daging cincang / sotong (ikut selera korang)

Kat bawah ni disertakan gambar bahan-bahan kot lah korang tak pandai nak cari ke kan. Harga bergantung dekat pasaraya yang korang pergi lah. Tapi ni kire estimated lah untuk orang yang nothing mcm sis ni hehehe. Maklumlah tak pernah buat.

RM 4.69 (300g)

Cendawan Butang - RM 3.80
Sosej Ayam Ayamas - RM 4.00++ (boleh guna brand lain yg korang suka)
Ni namanya lada benggala / capsicum. Harga bergantung pada kuantiti yg korang beli lah. 
RM 5.00++ (250 ML) Guna sesuku atau separuh kotak je
RM 5.00++ (5 Slices)
RM 3.50 (boleh guna banyak kali)

Cara-Cara Masak :

1- Rebus Spageti 20-30 minit dan toskan

Cara buat kuah carbonara:

1- Tumis Bawang putih(dipotong halus) & bawang besar(dipotong dadu) sampai naik bau
2- Masukkan sos prego carbonara cendawan setengah tin, kacau dengan bawang ditumis tu biar sekejap sampai naik bau
3- Masukkan susu segar untuk cairkan sos carbonara tu, kuantiti ikut kesukaan korang nak kuah pekat atau cair. Kalau nak lagi cair boleh masukkan air sikit. Tapi jangan cair sangat nanti tak sedap.
4- Selepas kuah mendidih, masukkan sosej dan cendawan butang, biarkan cendawan dan sosej masak sikit dalam 3 minit dan masukkan lada benggala.
5-Masukkan Cheese dan biar cheese cair dalam kuah sambil tu kacau kacau lah sikit takut kuah hangus pulak.Masukkan sedikit serbuk lada hitam.
6- Siap ! Boleh angkat, bila nak makan baru campur dengan spageti atau boleh masuk dan kacaukan spageti dalam kuah ni. Kalau sis suka asingkan sebab takut spageti kembang.

Hasil yang tak seberapa hehe. Kuah cair sikit. Sebelum makan boleh tambah lagi serbuk lada sulah/lada hitam ikut kesukaan korang.

Itu sahaja untuk entri kali ni. Selamat mencuba Bye~~~