Assalamualaikum~
First impression baca title nampak macam ..... ? Macam dah obesiti sangat sebab sampai tulis pasal diet dekat blog hihihi.. Balik dari Melaka haritu bila belek gambar rasa kecewa dengan bentuk badan sendiri yang dulunya kategori mantops meletop dikala zaman kegemilangan hahaha. Makanya dengan nekad dan tekad sis mulakan diet pada 2-May-2017. Rasa down bila ramai sangat panggil sis "gemok" . Tak salahkan orang lah, memang gemuk pon. Mulut orang ni mana pandai jaga, main cakap lepas je wlupun dorang sendiri gedempol jugak hahaha. ok abaikan ! anggap itu satu cabaran baru.
Betul orang cakap, nak diet bukan dekat mulut je and nak diet kena ada ilmu bukan hentam keromo main taram je lepastu tak menjadi. Then salahkan badan sebab tak nak kurus dah padahal diet cara salah (sis pun pernah cmtu jugak hahahaha!). Lagi satu ubat kurus, jangan percaya lah !!! Berapa banyak dah duit habis laburkan dekat "ubat kurus", kalau tak jaga makan tak menjadi beb ! Sis ni dari segala jenis ubat dah makan dari yg paling mahal kepada yg paling murah. Turun 2-3Kg sebulan, lepas stop naik 5kg dalam masa seminggu dua. kau ghase?
First of all, Nak diet kena DISIPLIN, KONSISTEN ! Sis amalkan diet calori cara pengiraan calori untuk keperluan badan sila rujuk cekodok.com dan banyakkan baca succes story dari blog Kevin Zahri. Walaupun tak join pogram kurus Kevin Zahri, tapi sis follow advise dia. Ingat !! Kalau nak kurus datangnya dari 70% makanan, 30% dari senaman. Bukan cakap senaman tak penting, tapi kalau bersenam tapi makan macam bela saka harapan tinggal kenangan la nak kurangkan berat badan, mungkin naik ataupun maintain gitu je lah
Apa yang sis amalkan jaga pemakanan dan senaman. Haaa satu lagi minum air kosong 3-4 Liter ikut keperluan badan. 25Kg = 1 Liter. Kalau berat 70kg Bahagi 25 = 2.8 Liter Sehari. Sis mmg jenis kuat minum air, so 3 Liter tu dah jadi kebiasaan. Senaman pulak untuk cepatkan proses burn kalori dan bagi badan fit wlupun dah kurang berat badan takde lah menggelebeh. (cakap macam dah kurus bebenorrr jeeee hahahaha). Actually sis baru amalkan 3 minggu, sangat memberangsangkan berat turun 2.5Kg dan inch loss dekat perut, pinggul and peha dalam 1inch-2inch. Perut kempis dan tak macam busung hihi. Beberapa helai baju yang dulu nampak perut kini dah boleh pakai and nampak cantik sikit ! Sis aim lagi 15-20Kg untuk dapat balik bentuk badan 5thn lepas hahaha. Takpe lambat tapi berkesan daripada haram jadah lansung tak usaha. Moga-moga sis terus istiqomah untuk teruskan misi 3-6bulan ni. Alhamdulillah support dari orang keliling pun 90% positif (nampak sangat aku dah gemok and korang stuju utk aku kurus phuiihh hahahaha)
Meh sis share sebijik gambar selepas turun 2.5 Kg, tak kurus pun tapi boleh dikatakan agak kemas lah badan tu hihihihi. Compare lah dengan gambar kat melaka mcm dugong tu hihihi.
.
.
.
.
Sis diet tak ketat tapi sis tak makan nasi sebab jenis kalau makan memang tak reti stop hahahaha. Actually Kevin Zahri cakap nasi tak berdosa, boleh ambil tapi segenggam. Bukan nasi je, apa-apa yang karbo tinggi ambik segenggam je macam Mee, Bihun, Spageti, Roti, dan sebagainya. Lebihkan sayur dan lauk. Lauk pulak elakkan yang bergoreng, lebih elok rebus dan grill. Grill pulak elakkan letak MSG and Garam berlebihan. Sikit-sikit dah lah tapi kalau sis trus tak letak, gantikan dengan black paper pun sodapppp hehehehe. Minggu pertama sis memang cut terus gula dan garam.
SAY NO TO :
Susah cakap banyak, ni contoh rutin makanan & aktivitas sis harian hihihihihi.
v
v
v
v
JADUAL RUTIN HARIAN
7.00am - Segelas air kosong
8.30am - Breakfast ( Telur rebus 2 biji / 2 keping wholegrain bread + 1biji omelette / 3 biji kurma + oat kosong / 1 biji pisang + Oat kosong) Kalau rajin sis rebus carrot,kentang,brocolli,cauliflower.
Kurma untuk minum pagi & petang |
Apple tu untuk minum pagi kol 10.30am |
10.30am - Minum pagi ( Air Kosong/green tea + Kurma / Apple)
12.30pm - Lunch Time ( Bawak bekal dah tentu bersih dan takde garam/msg tambahan. Sup sayur / sayuran + ayam rebus halia dan lemon )
Sup Sayur je letak black paper and ketuk halia. Sedapppp. No salt please ! |
4.30pm- Green tea/Apple/Kurma/Pisang ( Sis selalu skip hihihihihi sebab dinner slalu makan banyak)
8.00pm- High Fibre, protein cukup. Malam sis dah tak ambik carbo(roti/kentang) sebab malam nak tido, tak banyak pergerakan takut tak burn nanti jadi lemak tepu.
Sup Sayur sawi,tomato,carrot, sayur lain dah habis tak sempat beli stock hihihi. |
Dada ayam rebus halia, carrot, sawi and brocolli celur. |
Ni Lunch hari cuti, boleh jugak untuk dinner tapi kurangkan portion dia. |
Salad buah + ikan tongkol grill hangus hahahaha. |
9.00pm- Skipping 20 minit, jumping jack 5 minit, kadang buat lunges,crunches,squat,invisible chair. Tapi sehari 20-30 minit je. Sebab sis kerja siang, malam je ada masa untuk kuar peluh. Weekend pulak sabtu ahad sis joging dekat Taman Layang-Layang. Track 3.5km 1 round ckup lah hihihi.
So far, ini yang sis amalkan dan Alhamdulillah ! 3 minggu turun 2.5kg . Permulaan yang sangat positif. Selama ni cakap je diet, goreng pisang bedal, kfc bedal, mcd bedal, dominos laaa western food lahh haaa kauu ! mana nak turun hahaha.
Taaaapiiiiiiii ~
Kadang tekak ni tak boleh nak tahan jugak jadinya sis bagi reward dekat perut sekali sekala. Rasanya dalam program diet sis ni, baru 2x je cheat day hihihi.. Tapi make sure jangan makan berlebihan dan kalau terlebih calculator calories, sila burn dengan senaman yaa ! hihihihi.
Semalam 19-5-2017 merupakan cheat day sis, mmg makan besar tapi malamnya sis double dose exercise supaya burn balik yang mana berlebih makan tuu. Hihihihi.
Itu cerita sebelah siang, then habis kerja sis bawak collegues pergi merasa Shell Out dekat Gombak. boleh cari guna waze cari Shell Out @ Patin Tempoyak Temerloh-KL.
v
v
v
UPDATE STORY
Alhamdulillah walaupun banyak cheat day, dah 7bulan berlalu program diet. Nahhh ! sis share picture update. May - Nov sis berjaya turunkan 10.4Kg hehehe tapi sis aim lagi 7-10kg, dapat cecah berat 63-65kg baru meletops hahaha. Tapi takpe jangan rushing2 lah, takde ape nak kejar pun janji teruskan pemakanan sihat. Eh jap dulu permulaan 2bulan je sis tak sentuh nasi, after raya sis sentuh nasi tapi segenggam je sehari waktu lunch. Dinner sis ambik sayur dan buah je.
Nahhh gambar terbaru hehehe. Korang decide sendiri lah berjaya ke idok .
May'17-Oct'17 |
Oct'17 |
Oct'17 |
Sis sebelah yg banyak bagi motivate bila aku down. betul lah org cakap, klu nak diet kena make sure bergaul dgn kawan2 yg positif dgn hasrat kita. hehehe, she so supportive. |
Jan'18 |
Dec'17 |
Dec'17 |
Dec'17 |
Jan'18 |
Nov'17 |
Kesimpulannya takde ape yg boleh mengubah kita kalau kita sendiri takde kesungguhan untuk merubah diri hahaha. Doakan sis terus istiqomah demi mencapai 7-10kg lagi hehe.
No comments:
Post a Comment