17 December 2016

Sunway Lagoon Here We Come !!!!!!


Assalamualaikum WBT

SUNWAY LAGOON Hereeee we comeeeeeeeeee ~~~
Ape ni baru mukadimah dah menjerit jerit ni macam monkey. Saje excited nak habaq cik kak spend "weekend getaway" laaa sangatt kat Sunway baru ni. 10December16 we olls pergi memandangkan 11hb(ahad),12hb(isnin),13hb(selasa) cik kak cuti forward Public Holiday Birthday Sultan Selangor and Maulud Rasul. Sebelom balik kampong ahad tu, sabtu tu cik kak dan colleagues plan lah aktivitas sikit asyik mereput je tak jugak kurus kurus. Eh walau pun takde kaitan nak jugak merapu.

Ok Ok Ok... Get back to our discussion, ehhhh kau berbelit lidah cik kak cakap bahasa kampung halaman cik kak ni,tapi tak tau lah halaman berapa. Eh tak sampai ke punchline? Hahahaha ok tak payah gelak. 

Actually, member opis ni entah camne dia leh tertengok ticket Entrance sunway offer RM 98.00/adult beli online. Kalau walk-in RM 120.00/adult. Jimat RM 22.00 kot ! So dengan tidak semena-mena dia book for 3 person. All ladies, men not allowed to join us ! Ladies hang-out time~~~~

Pagi Sabtu tu, pukul 7.30am cik kak dah bangun siap-siap and pi ambik another 2 monkeys ni kat rumah masing-masing and petang sebelum tu dah pesan jangan ambik heavy breakfast kang naik Roller Coaster kang ade yang muntah plak. So, cik Siti bawak karipap untuk makan dalam kereta masa on the way tu. We olls sampai sana dalam pukul 9.00am mak aihhh dah penuh beratur kat kaunter, we olls pun terpaksa beratur lah sebab nak reedem ticket dekat kaunter. Dalam 9.40am baru dapat reedem ticket and masa nak masuk tu dorang check beg sebab tak boleh seludup makanan you know!!! kitorang bertiga seludup mamee monster je sebab takut lapar kang sebab foods dalam tu mahal Ya Rabbi. Masa nak masuk tu entah macam mana we olls jadi invisible dan tidak kelihatan oleh penjaga-penjaga Zoo. Ehhh  Zoo pulak !! Jadinya kami redah lah dan Mamee kami selamat sekali masuk dalam Sunway yaaa Bravooo Bravoooo Hahahahaha

Tapi tak banyak gambar dekat game sebab tak sempat nak ambik gambar sangat dengan game semua, kitorang kejar masa takut tak sempat main semua hehehe.. Ok jom layan gambar .........


Baru masuk, jom tunjuk Wristband masing-masing,
posing macam power rangers tapi......
malas nak sambung hahaha


Okay buh gambar selfie seketul dulu,
nampak dak muka ceria kanak kanak ribena?

Ni duduk kejap nak setting Monopod,
pedulikan orang lain yang penting click! Wefie sorry i
overshadow dengan barisan gigi mcm iklan collgate..



Jalan-jalan survey game apa kena grab nanti, sambil testing
monopod. Yaaa! Vuvuzela dibelakang tu fuhhhhh~ Dah naik
baru rasa camne jantung nak tercabut hahaha...





This is our first game !! Pirate Ship, beratur dulu tunggu turn,
muka tak sabar je masing-masing walaupun
tercabut jantung dupdapdupdap nebesss~~ Muka masih bertenaga
Dah turun semua muka 1000 penyesalan tapi puassss hati!




Tudiaaaaa Pirate Ship fuhhhhh since mula naik sampai turun tak berenti duk menjerit punah suara cik kak ! Mmg release stress sebab menjerit dari hati naik ke keronkong kuar kot tekak sampai serak haaa kauuu... Ni gambar cik kak curi kt google sebab kitorang kat ats takde nye nak amik gambar, kalau boleh bukak mata pun tak nak, takde masa untuk semua itu ! Masa kami dipenuhi dgn scene menjerit je muehehehe tawuuu takutttt haaaa ... Challenge accepted !!


Turun kapal kami serbu Roller Coaster, tapi
cik kak dah start rasa sakit kepala denyut-denyut
tu laaa perut kosong, main benda tu dengan
menjerit bagai mau takkk sakit kepala.
Tengok 2 orang ni steady je sis yang macam separa sedar
hahahaha macam terencat pun ade hahaha



Acah-acah nak duk depan sangat !
Yang penting selfie kena acah jelita sebab nanti turun
roller coaster dah macam zombie je hahaha

Okay buat muka steady guys. yang belakang tu jangan excited terlebih,
eksyen nak duk sorang sorang, kami duk berdua supaya
movement terhad takde lah melambung lebih
sebab seat sendat hehehe



Tengok rail dia biasa je untuk beginner boleh lah tak adventure sangat tapi kalau duk dalam gerabak tu haaaa mendapat lah kau. Nak nak masa dalam terowong gelap giler babeng tak nampak arah die kemana kiri ke kanan ke. Scene menjerit yang kedua. Ni semua gambar culik dari google je tak sempat nak gambar dah, turun je terus jalan terhuyung hayang, i need a doctor, bring me the doctor to bring me back to life~

Turun je terus kami cari makanan perut ksong, kepala makin berdenyut. Makan nasi lemak dengan rendang ayam kau terus kepala okay sikit. Takde gambar, tak sempat nak bgambor terus melahap je laporrrr.. 
Lepas lunch kena ada dessert so
pekena aiskrim yang paling murah. Save cost hahaha.
Dekat luar RM 1.50 je dekat dalam
aiskrim traffic light ni RM 3.50 adoiii.. 

Muka tak ready masing-masing hahaha. tengah setting monopod,
tiba tiba tertekan snap. candid paling win, ni bukan cobaan ni betol2 hahaha. 




Bawah ni Random picture , dah lupa dah next game apa. Redah jeee lah~~

Happy face. Overcome the fear. Gayat sebenarnya tapi kena belagak cool.
Jangan buat malu keturunan muehehehe
Sukanyaa bila dia ceriaaa...
Walaupun kuyup masih control ayu pedulikan apa orang kata.
Dunia ini milik kita eh kau dah kenapa bersajak?
Basah? We dont care ! asalkan dapat wefie its fine hahaha.

Apa ni ada lubang-lubang lak dah la tinggi
eh boleh nampak bawah pulak. geli je tapak kaki kegayatan.
Takpe snap je dulu kaki 3 different colour.
Kaki cik kak nampak putih sebab pakai foundation kat kaki.
Nampak menipu dak? hahahaha
Buh gambar selfie satu muka pure sangat ni tanpa mekap. Bukan senang nak muncul dekat public tanpa mekap, ternyata masih ayu hahahahaha. mohon muntah berjemaah :P
Jom kita basah bersama, memori daun pisang. Haha ni bukan daun pisang. Cendawan cheese ke ape entah tu hahaha~
Ni tengah beratur masuk scream ape ntah dalam bahasa melayunya rumah hantu hahaha. Ade orang tak jadi masuk hahahaha. ok kita rahsiakan identitinya
Happy nye hippo dapat main air. Ni kitorang dah start main air. Sebab dah basah dalam pukul 2 hujan turun. Peduli haper, time hujan tu lah kitorang redah main air, ni lepas turun Vuvuzela.
Ternyata cik kak gemoooook. Arghhhh abaikannn !
Cik kak yeye je rasa sama tinggi dengan Cik Siti ni,
rupanya cik kak tinggi lagi, hampeeeeh betol !
  
Tengah tunggu Ms. Bavane register untuk G-ForceX dan Bungy Jump. We both surrender, sebab keadaan tak mengizinkan. Migrain mula menyerang hendap hehehehe. Kami mampu wefie je.
Dugong berendam.


Dalam pukul 4.30pm lepas Ms.Bavane terjun dalam tasik dan melompat ke langit, kami pun move untuk betukar pakaian and berangkat pulang. Penat sangat, takde ambik gambar pun masa nak balik tu ,kesian. Pastu nak naik Highway ke Sg.Buloh pulak jalan jem dekat setengah jam jugak, pasghah je...

Dalam pukul 6.00pm kami selamat mendarat ni Damansara, pulang ke sarang masing-masing. 8.00am-6.00pm was a wonderful weekend. Soooooo Enjoy with this 2 monkeys. Hahahaha, Okay next aktiviti masih dalam perbincangan, tengok SkyTrex Shah Alam pun macam enjoy jugak muehehehehe.. Plan dulu lah, pokai ni, cik kak dah la tengah counting months ni kena saving sikit Ehhhh kantoi pulak. Hahahahaha tapi lambat lagi, Cik Siti ni haa tengah counting days pun cool lagi, #bridetobe lah katakan muka kena cool jangan stress sangat nanti seri tak naik. Ehh merapu kelain dah cik kak.Ok sampai sini je untuk entri kali ini. Next time ade cerita cik kak share lagi okay. Bobyeeeee~