17 December 2016

Sunway Lagoon Here We Come !!!!!!


Assalamualaikum WBT

SUNWAY LAGOON Hereeee we comeeeeeeeeee ~~~
Ape ni baru mukadimah dah menjerit jerit ni macam monkey. Saje excited nak habaq cik kak spend "weekend getaway" laaa sangatt kat Sunway baru ni. 10December16 we olls pergi memandangkan 11hb(ahad),12hb(isnin),13hb(selasa) cik kak cuti forward Public Holiday Birthday Sultan Selangor and Maulud Rasul. Sebelom balik kampong ahad tu, sabtu tu cik kak dan colleagues plan lah aktivitas sikit asyik mereput je tak jugak kurus kurus. Eh walau pun takde kaitan nak jugak merapu.

Ok Ok Ok... Get back to our discussion, ehhhh kau berbelit lidah cik kak cakap bahasa kampung halaman cik kak ni,tapi tak tau lah halaman berapa. Eh tak sampai ke punchline? Hahahaha ok tak payah gelak. 

Actually, member opis ni entah camne dia leh tertengok ticket Entrance sunway offer RM 98.00/adult beli online. Kalau walk-in RM 120.00/adult. Jimat RM 22.00 kot ! So dengan tidak semena-mena dia book for 3 person. All ladies, men not allowed to join us ! Ladies hang-out time~~~~

Pagi Sabtu tu, pukul 7.30am cik kak dah bangun siap-siap and pi ambik another 2 monkeys ni kat rumah masing-masing and petang sebelum tu dah pesan jangan ambik heavy breakfast kang naik Roller Coaster kang ade yang muntah plak. So, cik Siti bawak karipap untuk makan dalam kereta masa on the way tu. We olls sampai sana dalam pukul 9.00am mak aihhh dah penuh beratur kat kaunter, we olls pun terpaksa beratur lah sebab nak reedem ticket dekat kaunter. Dalam 9.40am baru dapat reedem ticket and masa nak masuk tu dorang check beg sebab tak boleh seludup makanan you know!!! kitorang bertiga seludup mamee monster je sebab takut lapar kang sebab foods dalam tu mahal Ya Rabbi. Masa nak masuk tu entah macam mana we olls jadi invisible dan tidak kelihatan oleh penjaga-penjaga Zoo. Ehhh  Zoo pulak !! Jadinya kami redah lah dan Mamee kami selamat sekali masuk dalam Sunway yaaa Bravooo Bravoooo Hahahahaha

Tapi tak banyak gambar dekat game sebab tak sempat nak ambik gambar sangat dengan game semua, kitorang kejar masa takut tak sempat main semua hehehe.. Ok jom layan gambar .........


Baru masuk, jom tunjuk Wristband masing-masing,
posing macam power rangers tapi......
malas nak sambung hahaha


Okay buh gambar selfie seketul dulu,
nampak dak muka ceria kanak kanak ribena?

Ni duduk kejap nak setting Monopod,
pedulikan orang lain yang penting click! Wefie sorry i
overshadow dengan barisan gigi mcm iklan collgate..



Jalan-jalan survey game apa kena grab nanti, sambil testing
monopod. Yaaa! Vuvuzela dibelakang tu fuhhhhh~ Dah naik
baru rasa camne jantung nak tercabut hahaha...





This is our first game !! Pirate Ship, beratur dulu tunggu turn,
muka tak sabar je masing-masing walaupun
tercabut jantung dupdapdupdap nebesss~~ Muka masih bertenaga
Dah turun semua muka 1000 penyesalan tapi puassss hati!




Tudiaaaaa Pirate Ship fuhhhhh since mula naik sampai turun tak berenti duk menjerit punah suara cik kak ! Mmg release stress sebab menjerit dari hati naik ke keronkong kuar kot tekak sampai serak haaa kauuu... Ni gambar cik kak curi kt google sebab kitorang kat ats takde nye nak amik gambar, kalau boleh bukak mata pun tak nak, takde masa untuk semua itu ! Masa kami dipenuhi dgn scene menjerit je muehehehe tawuuu takutttt haaaa ... Challenge accepted !!


Turun kapal kami serbu Roller Coaster, tapi
cik kak dah start rasa sakit kepala denyut-denyut
tu laaa perut kosong, main benda tu dengan
menjerit bagai mau takkk sakit kepala.
Tengok 2 orang ni steady je sis yang macam separa sedar
hahahaha macam terencat pun ade hahaha



Acah-acah nak duk depan sangat !
Yang penting selfie kena acah jelita sebab nanti turun
roller coaster dah macam zombie je hahaha

Okay buat muka steady guys. yang belakang tu jangan excited terlebih,
eksyen nak duk sorang sorang, kami duk berdua supaya
movement terhad takde lah melambung lebih
sebab seat sendat hehehe



Tengok rail dia biasa je untuk beginner boleh lah tak adventure sangat tapi kalau duk dalam gerabak tu haaaa mendapat lah kau. Nak nak masa dalam terowong gelap giler babeng tak nampak arah die kemana kiri ke kanan ke. Scene menjerit yang kedua. Ni semua gambar culik dari google je tak sempat nak gambar dah, turun je terus jalan terhuyung hayang, i need a doctor, bring me the doctor to bring me back to life~

Turun je terus kami cari makanan perut ksong, kepala makin berdenyut. Makan nasi lemak dengan rendang ayam kau terus kepala okay sikit. Takde gambar, tak sempat nak bgambor terus melahap je laporrrr.. 
Lepas lunch kena ada dessert so
pekena aiskrim yang paling murah. Save cost hahaha.
Dekat luar RM 1.50 je dekat dalam
aiskrim traffic light ni RM 3.50 adoiii.. 

Muka tak ready masing-masing hahaha. tengah setting monopod,
tiba tiba tertekan snap. candid paling win, ni bukan cobaan ni betol2 hahaha. 




Bawah ni Random picture , dah lupa dah next game apa. Redah jeee lah~~

Happy face. Overcome the fear. Gayat sebenarnya tapi kena belagak cool.
Jangan buat malu keturunan muehehehe
Sukanyaa bila dia ceriaaa...
Walaupun kuyup masih control ayu pedulikan apa orang kata.
Dunia ini milik kita eh kau dah kenapa bersajak?
Basah? We dont care ! asalkan dapat wefie its fine hahaha.

Apa ni ada lubang-lubang lak dah la tinggi
eh boleh nampak bawah pulak. geli je tapak kaki kegayatan.
Takpe snap je dulu kaki 3 different colour.
Kaki cik kak nampak putih sebab pakai foundation kat kaki.
Nampak menipu dak? hahahaha
Buh gambar selfie satu muka pure sangat ni tanpa mekap. Bukan senang nak muncul dekat public tanpa mekap, ternyata masih ayu hahahahaha. mohon muntah berjemaah :P
Jom kita basah bersama, memori daun pisang. Haha ni bukan daun pisang. Cendawan cheese ke ape entah tu hahaha~
Ni tengah beratur masuk scream ape ntah dalam bahasa melayunya rumah hantu hahaha. Ade orang tak jadi masuk hahahaha. ok kita rahsiakan identitinya
Happy nye hippo dapat main air. Ni kitorang dah start main air. Sebab dah basah dalam pukul 2 hujan turun. Peduli haper, time hujan tu lah kitorang redah main air, ni lepas turun Vuvuzela.
Ternyata cik kak gemoooook. Arghhhh abaikannn !
Cik kak yeye je rasa sama tinggi dengan Cik Siti ni,
rupanya cik kak tinggi lagi, hampeeeeh betol !
  
Tengah tunggu Ms. Bavane register untuk G-ForceX dan Bungy Jump. We both surrender, sebab keadaan tak mengizinkan. Migrain mula menyerang hendap hehehehe. Kami mampu wefie je.
Dugong berendam.


Dalam pukul 4.30pm lepas Ms.Bavane terjun dalam tasik dan melompat ke langit, kami pun move untuk betukar pakaian and berangkat pulang. Penat sangat, takde ambik gambar pun masa nak balik tu ,kesian. Pastu nak naik Highway ke Sg.Buloh pulak jalan jem dekat setengah jam jugak, pasghah je...

Dalam pukul 6.00pm kami selamat mendarat ni Damansara, pulang ke sarang masing-masing. 8.00am-6.00pm was a wonderful weekend. Soooooo Enjoy with this 2 monkeys. Hahahaha, Okay next aktiviti masih dalam perbincangan, tengok SkyTrex Shah Alam pun macam enjoy jugak muehehehehe.. Plan dulu lah, pokai ni, cik kak dah la tengah counting months ni kena saving sikit Ehhhh kantoi pulak. Hahahahaha tapi lambat lagi, Cik Siti ni haa tengah counting days pun cool lagi, #bridetobe lah katakan muka kena cool jangan stress sangat nanti seri tak naik. Ehh merapu kelain dah cik kak.Ok sampai sini je untuk entri kali ini. Next time ade cerita cik kak share lagi okay. Bobyeeeee~



16 November 2016

Acah-acah Holiday - Dungun Terengganu

Assalamualaikum WBT

Tengok title pun entah haper haper je kan? Betul lah tu, acah acah holiday je sebab takde lah nak dikatakan holiday sangat pun. Sebelum tu cik kak nak habaq mai lah cik kak ni alumni Uitm Dungun Terengganu. So apa kaitan dengan entry ni ? Itu lah yang dikatakan acah acah tadi hahahaha. Pening tak? Cik kak pegi melawat tempat jatuh lagi dikenang apatah lagi tempat menimba ilmu dgn kembar cik kak. Eh ade kembar ke? Ada !! kembar mak lain ayah lain, kampung halaman lain, negeri lain semua lain tapi masa study dekat sana dulu orang panggil kami berdua kembar katanya muka kami ada iras. Kata orang laaaaa tapi mungkin lah juga kot kadang tengok gambar dia je aku rasa macam " Eh bila pulak aku ambil gambar macam ni?" Hahahahaha nampak tak macam menipu ? Kalau tak nampak, nak tambah sikit lagi perisa. Muehehehehe~


Caaaakkk !! Haaaa nah kau sekeping gambar Kami berdua duaan di depan Pos A Uitm Dungun, takde pulak 'pok gad' yang kami kenal menjengah keluar dari pos tu, baru lah boleh nak tegur tegur nak bagitau keberadaan kami di sini sekali lagi muehehehe. Dulu zaman kitorang panggil 'pok gad' je tapi hujung hujung sem tu dorang dah di upgrade sebagai Polis Bantuan Uitm.

Daripada melalut tak sudah ni baik lah kita mencuci mata dengan gambar selpiah kami okay ! Mohon standby tisu takut hidung berdarah. Zasssss~~




Tepi pantai ni memang port lepak wajib bagi student Uitm Dungun dah, kuar je Pos terus laut kau! macam holiday sangat sepanjang berlakunya proses pembelajaran di sinun. 



Actually nak hujan tu sebab tu langit tu nampak lawa kebiruan sama reflect dengan air laut yang agak bergelora dikala itu . Yang penting angin die tu awesome meniup niup sehingga menerbangkan tudung cik kak, terpaksa la pegang masa selpie kalau dakkkkk seksi sangkakkkk !



Cik kak kasi selpiah muka ajet cun satu kali. Ok dah jangan tenung lama lama nanti jatuh hati,



Alumni yang terlajak sihat selepas menamatkan pengajian 3 tahun lalu. Dulu halus je sekarang dah macam Meggi rendam sampai kembang semangkuk Hahaha~
Btw, Ni gambar depan Uitm je semua, dah cakap nak trobek memang Uitm je ler aku redah, tu la namanya acah2 holiday.



Pantang kami kalau tak membangang ! Mohon tutup pintu hati rapat rapat risau jatuh hati mueheheheh ~



Buai laju laju sampai hujung sana, tak sampai hujung sana tali dah putus hahahaha. Kami sedang coba mengimbangi badan agar buaian tak terasa terlalu beban dan tali tak terlalu tegang, kalau putus bukan saja jatuh mau pokok pun tumbang hahaha. Kang terus pakej percutian ke alam barzakh eiii simpangggg~

Sebelum pulang pada kesokkan harinya daripada dungun, kami singgah ke TC - Teluk Chempedak Kuantan. Oh lupa gitau, kami pulang ke KL je punnnn. Cik kak orang pahang je pun, ni  kire tanah tempat tumpah hingus jugak lah, tapi sis sebelah ni org selangor so dia je lah boleh guna istilah pulang, manakala cik kak kena istilah " Sebelum kembali merantau" .. Ahhh ! serabut betul cakap pusing pusing hahaha..

Ikan di laut, dugong di darat dalam periuk bikin gulai patin tempoyak. Ehhh !



Edit guna mode HDR macam sharp ler pulekkkk ~


Last but not least, dah alang-alang trobek kan, moh trobek gambar Cik Kak dan Sis sebelah a.k.a Mek Yun 6tahun lepas ketika sem pertama di Uitm Dungun. Sudah ku bilang jangan terlalu yakin, jangan terlalu tenung bimbang jatuh hati, tapi bila tengok gambar lama dan baru bukan setakat jatuh hati, risau jatuh pengsan dan terus jatuh sakit kronik tahap 4. Kami penternak berjaya. Menternak lemak-lemak tepu ! Ok jangan mengata lets cantik. Gerak dulu pape jangan roger, sebab cik kak takde tinggalkan phone number. 


Mek Cha & Mek Yun
Byeeeee
#TrobekSangat

18 June 2016

Review SRG - Safi Rania Gold

Assalamualaikum WBT~

Lama jugak tak update blog, maklumlah nubis ni kadang tu tak tau nak update ape kat blog. Lagipun cecita bukan nak jadi blogger pun muahahahaha. Saje bosan2 je tu yang sign up blog.. heee~

Seperti tajuk berkenaan, haaa kau dah macam nak buat surat rasmi pulak Hahaha !
Takde lah, just nak review je produk pe yang cik kak ni pakai yang membuatkan kulit wajah lembut umpama baby mueheheh.

Dulu cik kak guna produk tempatan tak nafikan hasilnya memang mabeles tapi lama kelamaan kulit rasa makin nipis sebab bila direct kena matahari pedih dan perit bebenor. Bukan la cik kak naik roket pegi matahari pun, means kalau kuor waktu matahari tegak tengah hari gat-gat (orang pahang cakap gitu) tu lah.
Pastu kulit cik kak kelihatan berkilat putih glowing aumm aumm tapi hakikat bila disentuh kasar, mcm ade bebiji kecik, mcm ruam. Kenkadang timbul merah2 bila terlalu panas sangat tambahan kawan cik kak beauty consultant Mary Kay die pun ade cakap ramai patient die guna produk tu akan end up dengan masalah sebegini. Dia syorkan guna khidmat die dan barang Mary kay, maklum lah cik kak belum lagi bergelar billionaire muda macam mark zukberg ( salah eja ke? ah lantak) jadinya cik kak nak cari produk affordable.

Tadaaaaa~~~~

Pada permulaannya cik kak pergi mengail (memancing) dekat watson tengok macam2 produk. Ingat nak try Simple tapi macam tak tertarik plak, tengok Loreal alamatilanak mahal nyeee. Tengok Neutrogena ermm tak mampu ni, buatnya barang dia habis tengah2 bulan, nak kena refill mau tak makan cik kak. Pastu entah macam mana mata cik kak terpaku pada packaging Safi Rania Gold, ade warna purple alaaa santeknye. Ok  nekad beli ! tengok tester, ermm wangi. Try dekat tangan, ermmm not bad macam syok. Tengok harga , okay cik kak masih mampu. Lagipun botol besar ni maybe lambat habis. So, elakkan pembaziran cik kak beli 2 benda ni je dulu. Pencuci Lembapan Mendalam + Krim Pelembab Malam. Tak ingat harga nya, kalau tak silap Pencuci Lembapan ni RM 15.90 and Krim Malam RM 21.90 tapi kalau dekat Guardian murah sikit kottttt...
Cik kak dari dulu takde masalah jerawat serius, kalau ade sehari dua surut itu pun kecik molek je jerawatnya tapi masalah cik kak kulit kusam, dan kering. Cepat nampak tua walaupun usia belum masuk separuh abad . hehehe. Sebab tu cik kak prefer produk yang melembabkan. Seminggu tempoh percubaan cik kak give up bila kawasan hidung dan tepi bibir menggelupas, seluruh muka terutama dahi naik jerawat halus2 tu. Alaaaa give up terus rasa tapi pujuk hati mungkin ni healing crisis lah kot. Then terus la tanya kawan cik kak beauty consultant tu die cakap Safi okay takde bahan terlarang, Selamat Dan Suci hehehe. Ok terus yakin balik, pakai punya pakai genap la 2 minggu, tetibe cik boipren yang selama ni tak pernah tegur tetibe menegur " Eh muka awak dah cantik licin takde menggelupas dah macam dulu." On the spot cik kak ambik cermin bedak compact and belek ( situasi dalam keta cik boipren tgh drive) Then ~~~~~ sendiri akui ! haa kau pori dah kecik, glowingnye muka, ploless nye, pipi nampak berkilat, kulit tegang tapi lembab ehh memang happy tak terkata lah senang cite. Then dengan muka bling bling mata kelip2 terus cakap kat boipren " Nanti singgah Watson, sy nak borong lagi produk SRG ni hehehe." Nasib cik boipren sporting, die okay je klu bab shopping barang muka ni. Die pun suke window shopping dalam Watson hihihihi.

Cik Kak ambik pulak seketul Krim Kecantikan SRG ni harga RM 11.90 perghhhhh meleleh cik kak tengok sebab murahhh giler ! Dah lah boleh buat foundation sekali tapi jangan pakai banyak2 nanti oily sangat mua kamu urang.
Ooo yang sebelah tu lipstik Maybelline entah offer ape entah RM 18.00 je, terus cik kak rembat sekali warna merah menyala matte. memang seksi habis habisan lah citernye !




IKLAN PENAJA SEKEJAP~~

Merah giler kan? hehehehehe warna matte ni cik kak suka buatkan bibir kita nampak seksi dan padat. Sementara Iklan masih ke udara, meh cik kak campak sekeping gambar cik kak pkai lipstick ni, hehehe~




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaaaa ~
 Merah gilerr ni kalau jumpa lembu kena sorok bibir. Bibir cik kang mmg dah sediakala nya tebal so jangan tanya cik kak suntik botox ke apa eh. Jemu dah soalan tu dari kecik lagi T.T Sobb Sobbbb...

Sambil tengok bibir leh lah tengok kulit cik kak yg ploles, ni takde edit ke camera 360 ke apa tapi lightning kat opis kot nampak macam putih melepak bebenau, cik kak takde lah putih gitu , putih kekuningan je.



Memandangkan cik kak rasa serasi betul dengan produk ni maka cik kak mengail lagi, kali ni dekat Guardian plak sebab dekat Watson takde parking hehehe. Dekat area kawasan umah cik kak je kat Sri Damansara tu. Makanya untuk tampak lebih indah cik kak percaya kita perlu besrihkan muka sebersihnya dan buang sel kulit mati yang melekat yang membuatkan kulit cik kaka nampak kusam. Makanya cik kak beli Skrub Wajah SRG harganya RM 13.25 di Guardian. 

Ini sahajalah barangan SRG yang cik kak guna. Purple tu skrub. Lepas sekali penggunaan cik kak rasa wowwww gebus nye pipi cik kak, lembut giler rasa macam dapat kulit baru, kasar dan kesat semua dah turun sekali bersama puing puing.. ehhhh buih buih ! ehh mana datangnye skrub ade buih ? hehehe. Lepas skrub cik kak guna pencuci lembapan mendalam tu perghhh bertambah mulus la pulakkkk merecekikkk ! Oh lupa nak bagitau dia ade lagi 2 Jenis pencuci, 1- Gel Pembersih Wajah , 2- Krim Pembersih Wajah (kalau tak silap) . Cik kak tak berani guna sebab wajah cik kak kering, selalunya yang begitu dia mengeringkan kulit. Alang2 dah ade lembapan punya baik sambar terus. Krim siang belum sempat mengail lagi memandangkan kewangan cik kak makin susut. Hehehehe~ Tapi akan ku pinang kau dengan wang kertas nanti, tunggu sikit masa je lagi. Sebab krim siang tua de SPF leh lindung kulit dari sinaran UV yang menyebabkan hitam dan pigmentasi. Eh memandai je kau, eh tapi betul lah. hahahaha



Akhir kata, cik kak bagi 8/10 untuk 4 produk SRG yang cik kak guna ni. Sebab baru je masuk 3 minggu hehehehe. Kalau dah 2 bulan cik kak bagi 11/10 kauuuu. melampau ! hahahaha

Nah gambar terbaru cik kak muka bahagia dengan produk SRG ni hehehehe.. Moga leh jadi sedikit sebanyak pedoman samada nak beli ke tak nak.

Assalamualaikum WBT...

.
.
.
.
.
.
.
.
.


4 February 2016

Review Vitamin C 1000mg Brand 21st Century

Assalamualaikum WBT

Disebabkan dah guna produk ni selama 4 bulan makanya baru leh bagi feedback takkan baru guna sejam dh nk bg feedback, nampok benor pedo'ohnye. 

Gambar songlap dari google je sebab cik kak tak transfer dari phone cik kak ke computer riba.
Korang boleh cari dekat pharmacy, watson or guardian confirm ada dgn harga RM 29.90 / 60 Tablet. Disebabkan 1000mg so kena makan sehari sebiji je, thats means 60 tablet tu leh tahan 2 bulan lah. Jimat kan?

KEBAIKAN VITAMIN C:
-Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
-Anti penuaan dan anti kedut
-Mengatasi masalah resdung dan alahan
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar
adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
-Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
-Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
-Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
-Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
-Merawat jangkitan saluran kencing
-Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
-Dijual hanya oleh pengedar sah sahaja, Jangan takut atau ragu dengan Vitamin ini
Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

Takkan bagitau kebaikan je kan, mesti lah diri sendiri pun merasasakan perubahannya. Hihi~ 
Minggu yg pertama, rasa kulit lebih lembap dan halus masa mandi. Rasa mcm gebus gebas giteww.
Pastu rasa kulit badan makin cerah, yelah cik kak ni org melayu kulit lak jenis kuning langsat so bila makin cerah tu jadi lah makin kuning muehehehehe.. Eh takde lah kang jadi cm maskot digi lak.
Yang paling cik kak terkejut, mase tu tgh tunduk nk ambik brg dkt lantai sekilas terpandang buku lali kanan yg dulu nye kasar dan hitam akibat pemakaian kasut, tp dh jadi lembut dan hitam tu dh xde. jadi kemerahan ala2 pinkish gitew.. terduduk cik kak membelek bulu lali dan tumit kaki yg dh xpecah. kulit kaki pun selembap kulit muka. Perghhhhh.. Menakjubkan. Pastu cik kak terus belek siku, wahhhh siku dulu kasar kering dan kehitaman, pun dah macam hilang, takde lah putih tapi dah tak hitam just kemerahan dan dimensi tu kecik je. Itu lah effect yg paling cepat hakak perasan. Bila dah berlarutan fe months, banyak lagi lah yg cik kak rasakan, mcm kulit muka kurang sunburn, kulit bdn lembab dan licin,luka cepat baik and parut pun cepat pudar, kulit makin cerah, tona kulit semakin sekata, selsema dan demam dah lama tak serang hendap. Itu lah antaranya.

Macam mana cik kak amalkan benda ni ? Sebiji sehari setengah jam selepas sarapan pagi. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 Liter sehari. HARAMKAN pengambilan air karbonat dan kafein sama sekali. Kalau ketagih kafein sangat jarakkan dengan pengambilan Vit C lebih kurang 3-5 jam.

Itu sahaja untuk entri kali ni, kalau ada apa2 pertanyaan leh kemukakan dalam peti sejuk.. eh peti besi... ehh peti masuk email lah hehehe~  Chow kit road, BYE !  



20 January 2016

Sesi suai kenal

Assalamualaikum w.b.t,

Terlebih dulu nak bagitau aku ni newbie pasal blog ni. Saje nak menulis je bosan2. kalau menulis dekat pesbuk kang ramai yang annoying walaupun hakikatnya aku ni memang meng-annoying-kan .

Perkenalan ni takde apa sangat nak cerita sebab masa menaip ni dekat opis, boss keluar meeting aku plak goyang kaki sign up blog. Tapi, tak berkat rezeki kita kalau curi tulang time keje. Kalau gitu, moh la kite sambung keje balik hehehe~ 

Sila sila lah kunjungi blog nubis ni, nak belajar jadi blogger jugak! mueh mueh mueh..OK BYE !




                                       Saje nak tempel kan seketul gambar buat tatapan sendiri !