Assalamualaikum WBT
Tengok title pun entah haper haper je kan? Betul lah tu, acah acah holiday je sebab takde lah nak dikatakan holiday sangat pun. Sebelum tu cik kak nak habaq mai lah cik kak ni alumni Uitm Dungun Terengganu. So apa kaitan dengan entry ni ? Itu lah yang dikatakan acah acah tadi hahahaha. Pening tak? Cik kak pegi melawat tempat jatuh lagi dikenang apatah lagi tempat menimba ilmu dgn kembar cik kak. Eh ade kembar ke? Ada !! kembar mak lain ayah lain, kampung halaman lain, negeri lain semua lain tapi masa study dekat sana dulu orang panggil kami berdua kembar katanya muka kami ada iras. Kata orang laaaaa tapi mungkin lah juga kot kadang tengok gambar dia je aku rasa macam " Eh bila pulak aku ambil gambar macam ni?" Hahahahaha nampak tak macam menipu ? Kalau tak nampak, nak tambah sikit lagi perisa. Muehehehehe~
Caaaakkk !! Haaaa nah kau sekeping gambar Kami berdua duaan di depan Pos A Uitm Dungun, takde pulak 'pok gad' yang kami kenal menjengah keluar dari pos tu, baru lah boleh nak tegur tegur nak bagitau keberadaan kami di sini sekali lagi muehehehe. Dulu zaman kitorang panggil 'pok gad' je tapi hujung hujung sem tu dorang dah di upgrade sebagai Polis Bantuan Uitm.
Daripada melalut tak sudah ni baik lah kita mencuci mata dengan gambar selpiah kami okay ! Mohon standby tisu takut hidung berdarah. Zasssss~~
|
Tepi pantai ni memang port lepak wajib bagi student Uitm Dungun dah, kuar je Pos terus laut kau! macam holiday sangat sepanjang berlakunya proses pembelajaran di sinun. |
Actually nak hujan tu sebab tu langit tu nampak lawa kebiruan sama reflect dengan air laut yang agak bergelora dikala itu . Yang penting angin die tu awesome meniup niup sehingga menerbangkan tudung cik kak, terpaksa la pegang masa selpie kalau dakkkkk seksi sangkakkkk !
|
Cik kak kasi selpiah muka ajet cun satu kali. Ok dah jangan tenung lama lama nanti jatuh hati,
|
Alumni yang terlajak sihat selepas menamatkan pengajian 3 tahun lalu. Dulu halus je sekarang dah macam Meggi rendam sampai kembang semangkuk Hahaha~
Btw, Ni gambar depan Uitm je semua, dah cakap nak trobek memang Uitm je ler aku redah, tu la namanya acah2 holiday.
|
Pantang kami kalau tak membangang ! Mohon tutup pintu hati rapat rapat risau jatuh hati mueheheheh ~ |
Buai laju laju sampai hujung sana, tak sampai hujung sana tali dah putus hahahaha. Kami sedang coba mengimbangi badan agar buaian tak terasa terlalu beban dan tali tak terlalu tegang, kalau putus bukan saja jatuh mau pokok pun tumbang hahaha. Kang terus pakej percutian ke alam barzakh eiii simpangggg~ |
Sebelum pulang pada kesokkan harinya daripada dungun, kami singgah ke TC - Teluk Chempedak Kuantan. Oh lupa gitau, kami pulang ke KL je punnnn. Cik kak orang pahang je pun, ni kire tanah tempat tumpah hingus jugak lah, tapi sis sebelah ni org selangor so dia je lah boleh guna istilah pulang, manakala cik kak kena istilah " Sebelum kembali merantau" .. Ahhh ! serabut betul cakap pusing pusing hahaha.. |
Ikan di laut, dugong di darat dalam periuk bikin gulai patin tempoyak. Ehhh ! |
Edit guna mode HDR macam sharp ler pulekkkk ~
|
Last but not least, dah alang-alang trobek kan, moh trobek gambar Cik Kak dan Sis sebelah a.k.a Mek Yun 6tahun lepas ketika sem pertama di Uitm Dungun. Sudah ku bilang jangan terlalu yakin, jangan terlalu tenung bimbang jatuh hati, tapi bila tengok gambar lama dan baru bukan setakat jatuh hati, risau jatuh pengsan dan terus jatuh sakit kronik tahap 4. Kami penternak berjaya. Menternak lemak-lemak tepu ! Ok jangan mengata lets cantik. Gerak dulu pape jangan roger, sebab cik kak takde tinggalkan phone number.
Mek Cha & Mek Yun
Byeeeee
#TrobekSangat
No comments:
Post a Comment