17 July 2019

Mee Rebus Johor Cara Sis

Assalamualaikum WBT~

Harini entri nak share resepi Mee Rebus Ala Johor. Al kisahnya Raya ke-3 baru ni kawan nak datang beraya pastu request nak sis masak tak nak Ibu yang masak. Kebetulan Ibu pun takde kat rumah, ada kenduri tahlil kat rumah jiran sebelah selepas sembahyang Jumaat, jadinya dari pagi dia kat rumah jiran lah tolong orang memasak. Maka, berkecas lah sis sorang2 di dapur dari selepas subuh.

Jom kita memasak...

Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Kuah
- 2Kg Daging & Tulang ( Direbus & Simpan air rebusan)
- 7 Ulas Bawang Merah, 5 Ulas BawangPutih *
- 3 inci Halia*
- 3 Inci Lengkuas*
- 4 btg Serai
- Sesudu Besar Taucu*
- 4 Ketul Ubi Keledek (direbus sehingga lembik)*
- Sesudu Besar Udang Kering*
- 1 Paket kecil Rempah Kari (dibancuh dengan air)

Yang bertanda (*) perlu dikisar terlebih dahulu. Sis asingkan jadi 2 bahan
1. Bawang putih,merah,halia,lengkuas - Kisar 1
2.Ubi keledek, taucu,udang kering - Kisar 2

Cara-cara masak kuah

1. Tumis bahan kisar 1 dengan serai sampai wangi.
2. Masukkan rempah kari yang siap dibancuh dengan air, kacau seketika sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar 2, kacau sedikit dan biarkan ia mendidih.
4. Masukkan Daging dan tulang yang siap direbus.
5. Masukkan Air rebusan daging untuk jadikan kuah. Kalau kuah terlalu pekat masukkan lagi air rebusan daging. Kalau kuah terlalu cair bermakna anda kekurangan keledek. Hehehe..
6. Masukkan garam, serbuk perasa yang lain sehingga cukup rasa sedap, biarkan ia mendidih dan siappp untuk dihidang. Sis tak letak gula, sebab air rebusan tulang tu dah manis2 daging.

Kuantiti bahan2 di atas depends kuantiti mee yang korang nak buat. Sis Buat dalam 2 bungkus mee kuning.

Bahan-Bahan Untuk Dihidang
- Mee Kuning (Celur)
- Taugeh (Haritu taugeh dah habis, sis gantikan dengan kobis kah!)
- Lada Besar (Hiris nipis2)
- Bawang Goreng
- Daun Sup & Daun Bawang
- Limau Kasturi
- Telur Rebus
- Sambal Kicap (Sepatutnya tak payah, tapi sebab kuah tak pedas kot lah ada yg nak makan pedas ke kan)

Tadaaa~ Ini lah rupanya, kuah tak pekat sangat sbb terlebih air daging hehe. Kawan2 datang semua cakap sedap, kebetulan kawan ibu pun singgah pun cakap sedap. Tapi kesian, kawan2 adik datang serbu ramai sangat tak sempat lah semua merasa. Tinggal sikit je. Malas buat banyak takut membazir, rupanya tak cukup hehehehe
Sebenarnya senang je resepi nye, cuma cara sis explain macam berjela pulak. Cuba lah try test buat hehehehe. Byee


UPDATED 2020
Okay Kalini my olls repeat buat mee rebus johor! rasa nya lagi sodap dari first time buat hehehe.

Persembahan pun nampak herlok sikit HAHA


Ada video cara pembuatan juga kalau nak lagi senang faham tapi i update dekat youtube Channel, i berangan nak jadi youtuber tapi takde orang pun view muehehehe. Kalau kau orang sudi, subscribe la channel i tenkiuuuu..



No comments: