4 April 2017

Shell Out !

Assalamualaikum W.B.T

Today we gonna story about shell out. Mukaddimah in english, macam King Coco sebab I've lot of mixssssss.. Eh apa ni tak baik bahan orang #jangankecamsis hahaha.

Minggu lepas hari Jumaat bersamaan tanggal 31 March Dua Ribu Tujuh Belas ( Rajin benauuu menaip tahun) Cik Kak tak berapa sihat, tonsil membengkak and terjadilah peristiwa demam. Demam mengejut katako. Makan ubat and so on, so petang boleh bangun sikit lah (haaa tipu! bukan bangun sikit, berlari pun boleh). Member ajak ke PD singkatan bagi nama tempat iaitu Port Dickson. Entah lah takde tujuan pergi PD, tapi die cakap kalau sakit then tengok laut boleh sihat. Ermm~

Ok berbalik pada cerita asal, dalam pukul 5.00pm (tolak campur darab bahagi lah) kitorang sampai PD, jalan-jalan tepi laut ambik angin sebelom melepak minum Coconut Shake. Tapi kurang sedap sebab kurang rasa kelapa tapi lebih kepada rasa asikrim dan manis leting (manis sangat lerr maksudnya). Agak hampa sebab tak seperti yang dijangkakan. Jadi sis merubat hati yang lara dengan berjalan di persisiran pantai Hahaha walaupun takde kaitan.

Dugong mengenang tempat asal lah tu. Hahaha tapi dugong ni tak reti berenang. 

Sebelum pergi decide nak makan apa dekat mana, Cik kak google dulu tengok recommended restaurant and review orang, takut karang terjah tapi mahal and tak sedap, rugi ! Finally kami decide nak try "PD Shell Out" dekat bandar Port Dickson. Review dia 4 bintang (****) . Kedai dia corner shop lot, so tepi kedai boleh parking. Ade table dekat dalam and luar, kitorang choose luar sebab malam macam panas sikit  Gambar kedai tak ambik, tak sempat sebab kebuluran hahahaha.

Premium Set utk 3-4 org makan. RM 60.00 (include 4 set nasi)
Haaaa... Licin ! Hahahahaha
Berbaloi !!! Dah la sedap rasa macam paprik, ade 4 ekor ketam, udang 7-8 ekor, lala, kepah, kupang, corn, brocoli, fries. Kitorang makan berdua tapi ambik 3 nasi (kuat kedarah), Limau Ais & Teh O Limau Ais = RM 63.0

Sedap,kuantiti banyak , Servis dlm 10-15 minit je sebab ramai customer jugak. Harga tak berapa mahal kalau banding dengan kuantiti. Memang berbaloooooooiii. Tapi kalau dari KL just datang PD untuk makan tak berbaloi lah, minyak, tol je dah berapa. So, untuk first impression makan shell out yang digembar gemburkan sangat tu Cik kak bagi 5 bintang.

Semalam (Isnin 3-April-2017), datang ofis cerita kat member ofis shell out sedap lah itu ini lah. Tapi dorang respond macam so-so je. Ok lah maybe cara Cik Kak tak menyelerakan. Tiba-tiba dalam pukul 5pm, diorang ajak jom try shell out. Ok kitorang cari punya cari, mostly kedai yang kami tengok amcam sedap tu sema tutup, antaranya Ciq Na dekat Selayang, Patin Tempoyak@Shell Out Gombak, Izi Shell Out Sungai Buloh. Semua ni tutup hari Isnin, so kami terjah lah satu kedai ni.

Nama Megi ketam tapi ade shell out, dekat area gombak jugak.


Syok sendiri lah tuuuu ~ haha
Sebelum pape selfie dulu hehehe~
Giliran Cik Kak pulak nak syok sendiri hehehe~
Tadaaaa~ makanan sampai !
Agak tak berbaloi 1 set ni 3 orang makan tak kenyang pun, RM 69.00
-Excluded nasi putih
-  1 Ekor ketam (kecik)
- Tak ada corn
Tapi rasa dia sedap, different rasa. Ketam & udang butter flavor, lala and kupang flavour sambal pedas, sayur tak tau rasa apa. rasa bersalah kot hahahaha.


sekejap je dah habis tapi tak puas makan. Tapi, rasa dia memang sedap. Udang rangup,rempah dia sedap. Kuah sambal pun sedap pedas,masin,masam,manis cukup rasa. Cuma tak berbaloi dengan harga :
1 Set Shell Out
2 Nasi Putih
2 Barli Panas
1 Jus Durian Belanda
= RM 85.00
 Fuhhh ! Semput harga tak sesuai dengan kuantiti.
Jadinyaaaaaa... Disebabkan tak puas makan dorang decide nak repeat nex time dekat kedai lain ! Sebelum balik dorang ajak cari satay pulak demi memenuhkan tangki masing-masing yang tak berapa penuh. hahaha.


End up with satay Pak Din dekat gombak jugak, tapi jalan menghala ke Uptown Danau Kota, dorang cakap sedap, berbaloi. Nasi Impit pun besar.
10 Cucuk Satay Ayam
1 Nasi Impit
2 Limau Suam Kosong
= RM 14.

Itu sahaja untuk entri kali ni, next activity will be update soon. Cisss ! jadi Coco lagi hahaha.
Bye~~




20 March 2017

Weekend Getaway to Kuala Selangor !!

Assalamualaikum~

Weekend biasanya Cik kak mereput je oleh kerana berjimat cermat amalan mulia, tapi weekend kali ni 19-03-2017 Cik Kak bersusah payah bangun pagi tauuuu tak !! Sebab nak attend wedding officemate Cik Kak, Cik Siti Wan Kembang a.k.a Siti atau nama panjangnya ??? Entah Siti Nur Suhada kot hahahahaha tak sure sebab bukan aku yang nak akad nikahnye pun hahaha.
Cerita banyak tak guna kalau gambar takde kan? Jom layan cerita dekat gambar pulek. Ready.Set.Go !!
Aummm Cak !! Dah ada masa yang banyak, maka Cik kak coba lagi sekali experiment make up dekat muka sendiri yang diberi nama "dolly pink look". 50-50 je macam jadi tak jadi camtu, tapi kalau by real visual 70-50 jadi nya. Dalam gambar more to natural look pulak ! Ahh menyampah




Nampak sangat penatnye tu pengantin lelaki. Hehehe Siti sorang je tak reti penat.



Selfie Dulu sementara tunggu turn bergambar dengan pengantin hehe~




Phone Huawei P9, tak mengecewakan. Hehe

Mata pandang mana tu? Acah candid hahahaha~



Mekap Cair hahahaha panas ya amat ~



Again acah candid hahahaha



Eh banyak pulakkk gambar acah model hahaha.

Habis dah gambar sekitar majlis, kami dah nak balik tapi sebelum pulang kena lah singgah di sawah padi dulu untuk bergambar hahahaha bukan senang nak jumpa sawah menghijau tapi sebelum tu lagi manusia ni sibuk nak tengok laut. Dah lah tak percaya orang cakap Bagan tu maksudnya laut. Degil betul, tau lah aku suka menipu tapi sekali sekala percaya lah hahahaha.


Bagan Sekinchan, kawasan nelayan kan so view so-so je tak cantik mana, kotor. Banyak pencemaran, air jadi hitam mungkin kesan sisa petrol bot-bot nelayan tu kot.

Okay acah-acah kurus sangat hahahaha. Ni je lah kot view cantik sikit. Tapi angin kuat memang syokk woooo.


I Believe I can Fly ~~~~


Spontan punya pose ni. 


Gossiping dan wanita berpisah tiada haha padahal tengah setting camera je. View sangattttt cantikkkk !


Peseng ape tuuu pose tu. Tangan ade 4 mcm Dr. Octopus mcm cerita spiderman hahahaha..


Of course tak lupa pose dengan kereta kang merajuk pulak hehehr. Thanks awk, bwk kite orang sampai sini. Awk behave sangat aircond pun sejuk selesa je kami hehehe.


After kitorang gerak dari Sekinchan, kitorang move to Pantai Remis, on the way datang kitorang kejar masa so ikut highway Latar, on the way balik kitorang ikut jalan biasa.

Ni je gambar dekat Pantai Remis sebab masing-masing dah penat.

Itu Sahaja lah untuk entri kali ni, sebenanrnya banyak tempat indah² area Selangor ni utk bergambar, untuk lepak, untuk shoot short film ke bagi student² yg nak buat esiment tu. Toksah lah acah² sangat nak obersi bagai, cintailah padi kita.. Ehhh padi jadahnye, negara kita haaa gitu katako. Ok lah, itu je lah kang panjang lak merepek nye. Hehehe bobaiii~

4 January 2017

New Year Celebration Di Tugu Negara

Assalamualaikum WBT~

Seperti biasa lah kalau masuk tahun baru mesti orang tanya azam tahun baru kan? Cik Kak memang bukan pattern state sesuatu azam atau misi jangka masa pendek ni. Tahun ni nak achieve apa, thn depan nak achieve apa. Selalu nye memang letak long-term punya aim je Alhamdulillah for basic part Cik Kak pass. Hehehehe~

Sooooo, dah nak masuk 4thn di KL, dan 25thn hidup ini lah kali pertama Cik Kak jejak kaki ke Tugu Negara hahahahaha~

Dan terjadilah gambar-gambar seperti dibawah. Zaaaassss !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
View dari atas nampak buildings ape benda entah hahaha..

See ! laluan jalan kaki pun boleh duduk untuk amik gambar.
Kesah apa janji dapat view background yang cantik hahaha. 

lawo bangettttt foto nya !

Pose ni tak boleh tinggal. Bangang is everywhere!! 

Kaki dah panjang tapi terlebih berat badan so tak boleh jadi model. Sorry ! Tsk Tsk T.T

Orang nak Posing, die sibuk nak selfie so terpaksa lah letak sticker nak mengelakkan pemandangan nampak cacat hahaha

Haaa menyemak lagi...!!

Okay itu saja, hehehehe. 

OK BYEEEE~~

17 December 2016

Sunway Lagoon Here We Come !!!!!!


Assalamualaikum WBT

SUNWAY LAGOON Hereeee we comeeeeeeeeee ~~~
Ape ni baru mukadimah dah menjerit jerit ni macam monkey. Saje excited nak habaq cik kak spend "weekend getaway" laaa sangatt kat Sunway baru ni. 10December16 we olls pergi memandangkan 11hb(ahad),12hb(isnin),13hb(selasa) cik kak cuti forward Public Holiday Birthday Sultan Selangor and Maulud Rasul. Sebelom balik kampong ahad tu, sabtu tu cik kak dan colleagues plan lah aktivitas sikit asyik mereput je tak jugak kurus kurus. Eh walau pun takde kaitan nak jugak merapu.

Ok Ok Ok... Get back to our discussion, ehhhh kau berbelit lidah cik kak cakap bahasa kampung halaman cik kak ni,tapi tak tau lah halaman berapa. Eh tak sampai ke punchline? Hahahaha ok tak payah gelak. 

Actually, member opis ni entah camne dia leh tertengok ticket Entrance sunway offer RM 98.00/adult beli online. Kalau walk-in RM 120.00/adult. Jimat RM 22.00 kot ! So dengan tidak semena-mena dia book for 3 person. All ladies, men not allowed to join us ! Ladies hang-out time~~~~

Pagi Sabtu tu, pukul 7.30am cik kak dah bangun siap-siap and pi ambik another 2 monkeys ni kat rumah masing-masing and petang sebelum tu dah pesan jangan ambik heavy breakfast kang naik Roller Coaster kang ade yang muntah plak. So, cik Siti bawak karipap untuk makan dalam kereta masa on the way tu. We olls sampai sana dalam pukul 9.00am mak aihhh dah penuh beratur kat kaunter, we olls pun terpaksa beratur lah sebab nak reedem ticket dekat kaunter. Dalam 9.40am baru dapat reedem ticket and masa nak masuk tu dorang check beg sebab tak boleh seludup makanan you know!!! kitorang bertiga seludup mamee monster je sebab takut lapar kang sebab foods dalam tu mahal Ya Rabbi. Masa nak masuk tu entah macam mana we olls jadi invisible dan tidak kelihatan oleh penjaga-penjaga Zoo. Ehhh  Zoo pulak !! Jadinya kami redah lah dan Mamee kami selamat sekali masuk dalam Sunway yaaa Bravooo Bravoooo Hahahahaha

Tapi tak banyak gambar dekat game sebab tak sempat nak ambik gambar sangat dengan game semua, kitorang kejar masa takut tak sempat main semua hehehe.. Ok jom layan gambar .........


Baru masuk, jom tunjuk Wristband masing-masing,
posing macam power rangers tapi......
malas nak sambung hahaha


Okay buh gambar selfie seketul dulu,
nampak dak muka ceria kanak kanak ribena?

Ni duduk kejap nak setting Monopod,
pedulikan orang lain yang penting click! Wefie sorry i
overshadow dengan barisan gigi mcm iklan collgate..



Jalan-jalan survey game apa kena grab nanti, sambil testing
monopod. Yaaa! Vuvuzela dibelakang tu fuhhhhh~ Dah naik
baru rasa camne jantung nak tercabut hahaha...





This is our first game !! Pirate Ship, beratur dulu tunggu turn,
muka tak sabar je masing-masing walaupun
tercabut jantung dupdapdupdap nebesss~~ Muka masih bertenaga
Dah turun semua muka 1000 penyesalan tapi puassss hati!




Tudiaaaaa Pirate Ship fuhhhhh since mula naik sampai turun tak berenti duk menjerit punah suara cik kak ! Mmg release stress sebab menjerit dari hati naik ke keronkong kuar kot tekak sampai serak haaa kauuu... Ni gambar cik kak curi kt google sebab kitorang kat ats takde nye nak amik gambar, kalau boleh bukak mata pun tak nak, takde masa untuk semua itu ! Masa kami dipenuhi dgn scene menjerit je muehehehe tawuuu takutttt haaaa ... Challenge accepted !!


Turun kapal kami serbu Roller Coaster, tapi
cik kak dah start rasa sakit kepala denyut-denyut
tu laaa perut kosong, main benda tu dengan
menjerit bagai mau takkk sakit kepala.
Tengok 2 orang ni steady je sis yang macam separa sedar
hahahaha macam terencat pun ade hahaha



Acah-acah nak duk depan sangat !
Yang penting selfie kena acah jelita sebab nanti turun
roller coaster dah macam zombie je hahaha

Okay buat muka steady guys. yang belakang tu jangan excited terlebih,
eksyen nak duk sorang sorang, kami duk berdua supaya
movement terhad takde lah melambung lebih
sebab seat sendat hehehe



Tengok rail dia biasa je untuk beginner boleh lah tak adventure sangat tapi kalau duk dalam gerabak tu haaaa mendapat lah kau. Nak nak masa dalam terowong gelap giler babeng tak nampak arah die kemana kiri ke kanan ke. Scene menjerit yang kedua. Ni semua gambar culik dari google je tak sempat nak gambar dah, turun je terus jalan terhuyung hayang, i need a doctor, bring me the doctor to bring me back to life~

Turun je terus kami cari makanan perut ksong, kepala makin berdenyut. Makan nasi lemak dengan rendang ayam kau terus kepala okay sikit. Takde gambar, tak sempat nak bgambor terus melahap je laporrrr.. 
Lepas lunch kena ada dessert so
pekena aiskrim yang paling murah. Save cost hahaha.
Dekat luar RM 1.50 je dekat dalam
aiskrim traffic light ni RM 3.50 adoiii.. 

Muka tak ready masing-masing hahaha. tengah setting monopod,
tiba tiba tertekan snap. candid paling win, ni bukan cobaan ni betol2 hahaha. 




Bawah ni Random picture , dah lupa dah next game apa. Redah jeee lah~~

Happy face. Overcome the fear. Gayat sebenarnya tapi kena belagak cool.
Jangan buat malu keturunan muehehehe
Sukanyaa bila dia ceriaaa...
Walaupun kuyup masih control ayu pedulikan apa orang kata.
Dunia ini milik kita eh kau dah kenapa bersajak?
Basah? We dont care ! asalkan dapat wefie its fine hahaha.

Apa ni ada lubang-lubang lak dah la tinggi
eh boleh nampak bawah pulak. geli je tapak kaki kegayatan.
Takpe snap je dulu kaki 3 different colour.
Kaki cik kak nampak putih sebab pakai foundation kat kaki.
Nampak menipu dak? hahahaha
Buh gambar selfie satu muka pure sangat ni tanpa mekap. Bukan senang nak muncul dekat public tanpa mekap, ternyata masih ayu hahahahaha. mohon muntah berjemaah :P
Jom kita basah bersama, memori daun pisang. Haha ni bukan daun pisang. Cendawan cheese ke ape entah tu hahaha~
Ni tengah beratur masuk scream ape ntah dalam bahasa melayunya rumah hantu hahaha. Ade orang tak jadi masuk hahahaha. ok kita rahsiakan identitinya
Happy nye hippo dapat main air. Ni kitorang dah start main air. Sebab dah basah dalam pukul 2 hujan turun. Peduli haper, time hujan tu lah kitorang redah main air, ni lepas turun Vuvuzela.
Ternyata cik kak gemoooook. Arghhhh abaikannn !
Cik kak yeye je rasa sama tinggi dengan Cik Siti ni,
rupanya cik kak tinggi lagi, hampeeeeh betol !
  
Tengah tunggu Ms. Bavane register untuk G-ForceX dan Bungy Jump. We both surrender, sebab keadaan tak mengizinkan. Migrain mula menyerang hendap hehehehe. Kami mampu wefie je.
Dugong berendam.


Dalam pukul 4.30pm lepas Ms.Bavane terjun dalam tasik dan melompat ke langit, kami pun move untuk betukar pakaian and berangkat pulang. Penat sangat, takde ambik gambar pun masa nak balik tu ,kesian. Pastu nak naik Highway ke Sg.Buloh pulak jalan jem dekat setengah jam jugak, pasghah je...

Dalam pukul 6.00pm kami selamat mendarat ni Damansara, pulang ke sarang masing-masing. 8.00am-6.00pm was a wonderful weekend. Soooooo Enjoy with this 2 monkeys. Hahahaha, Okay next aktiviti masih dalam perbincangan, tengok SkyTrex Shah Alam pun macam enjoy jugak muehehehehe.. Plan dulu lah, pokai ni, cik kak dah la tengah counting months ni kena saving sikit Ehhhh kantoi pulak. Hahahahaha tapi lambat lagi, Cik Siti ni haa tengah counting days pun cool lagi, #bridetobe lah katakan muka kena cool jangan stress sangat nanti seri tak naik. Ehh merapu kelain dah cik kak.Ok sampai sini je untuk entri kali ini. Next time ade cerita cik kak share lagi okay. Bobyeeeee~